Tuesday, April 16, 2013

Ujian..

Ujian dan dugaan itu sentiasa datang..
Ibarat makanan dalam kehidupan kita..
Makanan ruji..
Tanpa ujian, tiada warna dalam hidup..
Semua orang kata macam tu..
Kerana masing-masing nak sedapkan hati..
Tapi sedar atau tidak, berat sebenarnya nak melepasi segala dugaan itu..
Saya sendiri, sentiasa mengalaminya..
Banyak benda, banyak perkara..
Ketika kita tak perolehi sesuatu yang kita mahu, masa tu hati kita sangat kuat..
Tegas hati, mahukan sesuatu yang kita mahukan..
Setia menunggu..
Apa sahaja yang datang, ditepis begitu sahaja..
Tetapi bila kita dah dapat apa yang kita mahukan, mulalah meragam..
Masa tu hati mula berbolak balik, mula keliru, mula celaru dengan apa yang kita ada..
Dimana kekuatan dulu itu hilang..
Dimana ketabahan hati itu lenyap..
Ke mana ia pergi??
Kita sudah kehilangan apa yang kita ada..
Ujian itu lebih berat dari dulu..
Kerana kita tak punyai apa-apa..
Sekarang kita punyai sesuatu..
Dan mula mencari sesuatu yang tidak perlu..
Ya, kita mencari..
Mengapa tidak syukuri apa yang Allah dah bagi..
Kadang kala kita mencari sesuatu yang sebenarnya tak perlu bagi kita..
Kemudian hari, menyusahkan diri..
Susahkan hati..
Dan mungkin juga susahkan orang lain..
Tetapi, bukan semata-mata keburukan yang kita dapat..
Ada juga kebaikan..
Sekurang-kurang kita akan berfikir..
Baik dan buruk akan sesuatu itu..
"Baru sekarang nak rasa bersalah??"

Antara perkataan yang singgah di telinga..
Betul apa yang diperkatakan tu..
Sebab masa nak buat sesuatu, tak fikir kesannya pada masa akan datang..
Dan sekarang kita tahu..
Mungkin terlalu ikut rasa..
Tak tegas dalam pendirian..
Mudah benar ambil berat..
Ya, mungkin terlalu lembut hati akan sesuatu..
Kenapa tak mampu untuk tegaskan hati dengan hal yang demikian..
Kerana kita sendiri yang memilih untuk bertindak sedemikian..
Tak mengapalah, sudah jauh perginya ni..
Teruskan dan habiskan apa yang telah ada..
Moga suatu hari nanti akan lebih berwaspada dalam perilaku..
Harap-haraplah..
Sebab kita sekarang kata lain, nanti akan buat lain..
Tak mengapa, ambil masa..
Untuk selesaikan segalanya..
Bimbing dia, moga dia berubah..
Moga dia kembali kepada dirinya yang asal..
Saya doakan..
Moga redha Allah itu ada..








Lets fly, high to the sky..
(",)

Thursday, April 11, 2013

Because We Care..

Yes, I do care..
Maybe that is the best answer for us to say to someone..
I mean bila seseorang rasa kita seperti cuba untuk mengawal hidupnya..
Bukan kita mahu mengawal, apatah lagi mengongkong..
We just care, about them..
Anything she or he want to do..
Normally, a man/boy care about woman/girl..
Tiada niat pun di dalam hati untuk dapatkan sesuatu..
Cuma kita manusia yang suka mengambil berat terhadap seseorang yang dekat dan rapat dengan kita..
Ada sebab tersendiri, kenapa kita berbuat demikian..
If you in the different shape, have different skin colour, different face I still do care..
Bukan lihat pada rupa, saiz badan, warna kulit..
Just because it is you..
I don't want anything from you..
If you are far from me, I loose nothing..
Same thing if you are far from me, I gain nothing..
So, why..
Because when I close with someone, then I do care..
Honestly, I don't have any intention..
Just taking care of you like my sister..
That's why..
That all..
I want to see the "old" person, on the first day we met..
That time you have a mission, vision..
Rasa kagum..
Tapi kenapa sekarang lain..
What had happened to you..
Mana orang yang lama, yang saya kenal dahulu..
I want to see that person again..
One day, I will not available for you anymore..
And you will go away from me..
Then, I do care now..
One day maybe we will never meet each other again..
So, I just do my best..
As your big brother..
Because you used to smile in front of me, laugh in front of me, sick in front of me, even cry in front of me..
Then, I know you..
I used to see you went through hard time, those days..
I don't ask any favor from you..
I just want you to take care of yourselves..
That's all I want and I need..
One day if you don't need a brother, you can go away..
I will say nothing..
But if one day you need a brother, a listener, an adviser..

You know who to find..
I will be available..
That's all..
Moga redha Allah itu ada..


Lets fly, high to the sky..

Monday, April 8, 2013

Hati Dan Perasaan..

Bila bercerita tentang hati dan soal perasaan, ceritanya tidak akan menemui jalan penamat..
Kerana manusia setiap hari bermian dengannya, tanpa ingin mahu berhenti..

Setiap hari kita berhadapan dengan soal itu, tanpa seperti ada titik noktah..
Ia tidak akan berhenti..
Sehingga diri kita mati..
Dan permainan itu akan terus disambung oleh manusia yang masih lagi berada di atas dunia ini..
Soal hati ini sangat sensitif dan isu yang besar..
Kerana ramai manusia yang tersungkur di sini..
Sehingga sanggup bertindak "mencabut nyawa" sendiri..
Mereka mencari satu solusi, tetapi sebenarnya ia adalah permulaan satu penderitaan yang tidak akan menemui penamat..

Kerana di akhirat kelak kita pasti disoal..
Dunia ini bukan lama untuk didiami..
Suatu hari nanti pasti roh akan meninggalkan jasad..
Dalam mencari keseronokan dunia, jangan lupa untuk muhasabah..
Kerana kita manusia khilaf, tak lari dari melakukan angkara dan menjadi durjana..
Mencari masa untuk melakukan kebaikan, meinta ampun akan segala kesalahan..
Kadang kala kita tidak sedar..
Dan pasti ada yang kita sedar..
Cuma kesedaran itu tidak timbul sepenuhnya..
Dan kita lupa..

Soal hati dan perasaan ini juga, bukan mainan..
Kerana ia melibatkan manusia lain..
Mengambil berat akan seseorang tidak bermakna ingin mencuri hati..
Cuma naluri manusia ini suka untuk menjadi seorang yang "caring"..
Niat di dalam hati itu kita letak ke tepi sementara..
Kerana setiap manusia ada persepsi dan tanggapan masing-masing.. 

Dan niat itu biarlah mereka sahaja yang menilainya..
Tepuk dada tanya iman..
Kita kadang kala suka untuk bertanya khabar akan seseorang..

Mungkin ada tarikan pada dia..
Tiada salah jika ia tidak melanggar syariat..
Tetapi kebanyakan kita terslalah dalam memilih jalan dan melangkah..
Tanpa sengaja kita tercuit akan hatinya..
Dan mungkin juga hati kita sendiri..
Istilah abang adik itu tidak lagi menjadi penghalang..
Ia hanyalah istilah di bibir tanpa ada intipati dalam perbuatan..
Hati itu tercuit dan menimbulkan rasa sayang dan mungkin rasa cinta..
Tanpa kita perasan bahawa ia telah ada dan sebati dalam diri kita..
Kita sebenarnya tiada niat tetapi sifat kita itu menyerlahkan niat yang tidak disengajakan itu..
Dan hati itu disentuh secara perlahan-lahan..
Wanita itu mudah sekali jatuh hati pada seorang lelaki yang mengambil berat akan dirinya..

Hati itu rapuh, mudah terusik terpaut untuk mengasihi manusia yang bernama lelaki..
Dan harapan itu disimpan di dalam hati..
Dan ia menggunung tinggi..
Tanpa kita sedar kita akan melukai dia..
Kerana kita langsung tiada niat mengusik hatinya..
Saya menulis bukan sekadar omong kosong..
Kerana saya mengalaminya..

Bukan sekali, tetapi beberapa kali..
Kita lupa dan alpa..

Kerana saya manusia khilaf..
Kita manusia yang cacat hati..

Maafkan saya wahai hati itu..

Cuma mahu menjadi yang terbaik..
Tanpa ada niat..
Saya ingat satu kata-kata..

"Jangan sesekali mencuit hati seorang wanita itu jika di dalam hati kita langsung tiada niat untuk menjadikan dia seorang isteri"


Saya beberapa kali melanggar batasan itu..
Melanggar peraturan itu..
Dan kesedaran itu datang kemudian, setelah mereka terluka..
Khilaf, kesalahan..
Muhasabah diri..
Kita mahukan seseorang yang sejati cintanya tetapi kita sendiri tak mahu menjadi yang terbaik..
Berbohong pada diri..
Sedarlah diri, kerana ia tidak akan lama..
Sutau hari nanti kita juga akan punyai seseorang..
Jaga hati, jaga iman..
Jangan terusik dengan hal yang tidak perlu..
Jadilah yang sempurna..
Pasti Allah Taala akn kurniakan kesempurnaan..
Maafkan sekali lagi..
Moga luka itu sembuh..








Lets fly, high to the sky..
(",)

Monday, March 4, 2013

Visit and Visitor

Bismillah..
Assalamualaikum..

Seperti biasa..
Membuka kalam dengan nama Allah Taala..
Tuhan Yang Maha Esa..
Maha Berkuasa..
Syukur padaNya kita masih lagi sempurna dalam kehidupan..
Menjadi hambaNya..
Moga kita menjadi lebih baik dari sebelum ini..

Saya seperti biasa..
Menjalani kehidupan sebagai seorang manusia..
Hari-hari dilaui dengan penuh berhemah..
Penuh hati-hati..
Takut-takut tersalah langkah..
Kerana kita banyak khilaf..
Tanpa disangka ternoda..
Terlalu ikut nafsu..
Tanpa ada pimpinan dari iman dan amal..

Saya masih di sini..
Mencari rezeki..
Yang ditetapkan Allah Taala..
Bahagia menjadi hamba yang sentiasa diuji..
Sekurang-kurangnya Dia masih sayang pada kita..
Sekali tersasar hala tuju hidup, pasti Dia akan memberi peringatan..
Ujian itu datang dalam pelbagai cara..
Ada orang caranya begini..
Ada orang caranya begitu..
Segalanya tidak sama..

Bersyukurlah pada Allah Taala..
Atas segala nikmat kurniaan..
Bukan mudah, tetapi kita wajib bersyukur..
Kerana segalanya diberi percuma..
Cuma kita perlu bersyukur..
Melakukan segala perinta dan meninggalkan segala laranganNya..

Sebut tentang soal kehidupan dalam bidang pekerjaan..
Saya berusaha menyampaikan ilmu yang tidak seberapa ini dengan hati yang paling ikhlas..
Ilmu kita tidak seberapa, tetapi mampu untuk dikongsi dengan semua..
Mungkin yang sedikit ini Allah redha..
Kena ikhlaskan diri..

Sepanjang saya bekerja di sini, ramai pelawat datang melakukan lawatan ke akademi ini..
Dari seluruh ceruk rantau..
Dari sekolah, universiti, akademi, persatuan dan berbagai institusi lain lagi..
Tetapi kebanyakan dari mereka datang dari sekolah..
Dan saya menjadi "pemandu pelancong" mereka..
I enjoy the task that have been given to me..
Seronok sebenarnya bila bersama mereka..
Sebab mereka amat berminat dengan bidang penerbangan ini..
Dan saya salah seorang dari manusia yang berada di dalamnya..
Sometimes, we can inspire them..
Some of them want to be a pilot..
Same like us, like me..
Those days, when I was young..
I was like them..
My ambition to fly an aircraft..
It's amazing to see someone, walk to the aircraft..
And of course, fly them..
Mereka juga seperti saya..
Cuma masa mereka belum sampai lagi..
One day your time will come..
Don't worry guys and girls..

Dan yang paling penting, sesi bergambar..
Saya tak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan mereka..
Semuanya disimpan elok dalam hard disk..
Ada masa dan ketika, saya tengok semua gambar tu..
Apa khabar agaknya mereka..
Moga mereka sihat-sihat sahaja dan sentiasa diredhai Allah Taala..
Insya Allah..



 SM Sains Pasir Puteh..

Tak ingat nama sekolah.. But they are from Kedah.. Mereka dari golongon yang kurang berkemampuan dan anak yatim..


 
SMK Ahmad Maher, Kota Bharu..

 
Kolej Teknologi Darulnaim..

 Kuala Terengganu



I'm in love with this cute girl.. Her name, Nik Nur Amani Farisha.. Comelkan nama dia.. Macam tuannya.. =)

SMKA Falahiah..

Recently.. From Lions Club, Syndrome Down Centre.. His name is Lutfi.. 4 years old kid..


Duck.. Look at my mouth.. To excited while doing the presentation.. Sorry for any inconvenience.. =) 

I'm happy to have them with me, even just for a moment..
Hope to see all of you, sooner of later..
Insya Allah..

Lets fly, high to the sky..

Monday, December 17, 2012

Mencari rezeki..

Dahulu kita belajar..
Sekarang mungkin kebanyakan dari kita telah berada dalam alam perkerjaan..
Mungkin ada yang masih di bangku persekolahan dan universiti..
Mungkin kita tidak pernah merasakan kesusahan dalam mencari rezeki..
Kerana kita sentiasa disuap oleh ibubapa..
Sekarang, kita pasti akan hargai segala apa yang kita perolehi kerana kita memerah keringat setiap hari mencari sesuap nasi..

Ikhlaskan diri dalam mencari rezeki..
Mungkin kita tidak bermandi peluh ketika bekerja, kerana sentiasa dalam penghawa dingin..
Tetapi, otak dan akal serta fikiran kita sentiasa bekerja..
Tetap penat walaupun ia berbeza..
Begitu juga dengan diri saya..
Sekarang, saya belajar untuk menghargai apa yang saya perolehi..
Saya bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah Taala..
Walaupun ia tidak seperti yang kita impikan, sekurang-kurangnya kita sudah berada di landasan yang betul..
Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan cukup sempurna..
Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih..
Kerana kita pasti tidak akan berpuas hati..
Letakkan sifat qanaah dalam diri kita..
Bersyukur dengan apa yang ada..
Bukan bererti kita tidak berusaha untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, tetapi lebih kepada mensyukuri nikmat dan rezeki kurniaan Allah Taala..
Kepuasan dan kegembiraan tidak semestinya dalam bentuk nilai atau jumlah sesuatu yang kita dapat..
Tetapi ia adalah bagaimana kita bersyukur dengan kurniaan..
Syukur itu datang dari hati yang elok, yang baik, yang sempurna..
Keberkatan rezeki yang kita cari..
Biar nilainya sedikit, tetapi kita gembira dan bahagia..
Kadang kala kita terlalu melihat pada nilai tanpa mencari keberkatan..
Ya, jika nilai itu banyak itu terlebih baik..
Tetapi jangan sampai kita abaikan soal keberkatan..
Berkat dalam rezeki itu datang dari keikhlasan dalam melakukan pekerjaan..
Kita terlalu ikut nafsu, kerana itulah tak pernah puas..
Nafsu tidak pernah puas..
Saya tidak terkecuali..
Suka membeli barang yang tidak ada dalam keperluan..
Kadang kala sampai tahap membazir..
Mujurlah ada yang menegur..
Dan kerana sekarang ada komitmen, kurang sedikit nafsu membeli tu..


Kadang kala kita berasa malas, tidak semangat untuk bekerja..
Mungkin ada perkara tertentu yang membuatkan kita merasakan hal yang demikian..
Tetapi, ingatlah bahawa kita mencari rezeki..
Bukan sahaja rezeki yang halal malah kita mahu rezeki yang berkat..
Di mana kita akan perolehi keberkatan jika tiada keikhlasan dalam mencarinya..
Setiap pagi kita bangun, selalu kita ungkap perkataan "Ahh, malasnya nk kerja hari ni"..
Sedar atau tidak, kita telah meletakkan satu bebanan pada diri kita..
Kita telah letak satu matlamat dalam perkerjaan kita pada hari itu..
Kerana inilah kita tidak dapat mencari kesempurnaan dalam bekerja..
Belum bermula lagi hari, sudah diletakkan kemalasan itu di hadapan..
Tetapi akan ada manusia kata, ia sekadar ucapan..
Ya, saya setuju..
Tetapi lidah itu kan lebih tajam dari mata pedang..
Masakan ada manusia yang menangis semata-mata kerana satu patah perkataan atau satu ayat yang mengusik hati, jiwa dan perasaan..
Diri kita amat mudah terkesan dengan kata-kata..
Mengapa tidak kita tanamkan azam untuk menjadi seorang yang sempurna setiap hari..
Menjadi manusia yang dalam masa yang sama menjadi hamba Tuhan..
Jika kita kenal diri, pasti kita akan "memaksa" diri kita untuk melakukan sesuatu dengan kadar dan keadaan yang paling baik dan sempurna..
Kadang kala, kita menjadi orang yang suka menjatuhkan semangat orang lain..
Mengapa kita selalu meletakkan hati kita dalam keadaan sakit..
Jika ada orang yang rajin, kita sindir..
Jika mereka malas, kita marah..


Di manakah kita sebenarnya??
Berdiri tidak betul, selalu ditiup angin, mahu mengadili orang lain..
Jika kita malas, cukuplah sekadar kita seorang sahaja..
Jangan ditarik orang lain untuk terjerumus sifat ketidaksempurnaan kita..
Pernah tak kita cakap, "Alah kau ni, rajin sangatlah.. Workaholic.. Bukan dapat apa pun"..
Mungkin anda tidak..
Tapi mungkin sesetengah dari kita pernah berbuat sedemikian..
Mengapa dikata begitu..
Sekurang-kurangnya dia rajin dari kita..
Setiap pagi, motivasikan diri..
Pasti kita akan sentiasa tersenyum dan gembira dalam setiap hal yang kita lakukan terutama tentang kerja..
Walaupun apa yang kita hadapi, apa pun tekanan pasti kita akan hadapi dengan ketenangan..
Kita akan senang untuk selesaikannya..
Insya Allah, upahnya akan kita dapat..
Jika bukan di dunia, di akhirat pasti akan ada..
Yang paling penting, ikhlaskan diri..
Bukan mudah, tapi ia langsung tidak mustahil..
Moga kita menjadi hamba Allah yang sempurna..
Amin..


Cuba tukar imej sekejap.. Macam tak berapa nak sesuai je..


Lets Fly High To The Sky..

Friday, October 12, 2012

Langit Ini Menjadi Saksi

Bismillah..
Membuka kalam bicara, seperti biasa..
Nama Allah itu menjadi azimat..
Perantara antara kebenaran dan kebatilan..
Moga Dia redha..
"Seronok bila dapat terbang"..
Antara reaksi dan ucapan mereka, juga diri saya..
Sudah lama rasanya tidak meluncur laju d awan biru..
Rindu yang teramat untuk melihat dunia dari perspektif yang cukup berbeza..
Setiap hari, melihat kapal terbang turun naik..
Penumpang naik dan turun, silih berganti, setiap masa..
Dan juruterbang, masih berada dalam "pejabat" mereka..
Mengimpikan untuk berada di situ..
Impikan setiap dari kami..
Mengendalikan pesawat, tidak kira kecil atau besar..
Cuma, mungkin bukan masanya lagi sekarang..
Allah Taala mahu kami terus bersabar dan jangan pernah berhenti berusaha..
Ya, kami terutama saya tidak dan tidak akan berhenti berusaha..
Takdir Allah itu sempurna untuk kita..
Usaha, doa dan tawakkal..
Ia datang seiring..
Mengawal kapal ketika berlepas..
Mengendalikan pesawat, dengan kudrat sendiri..
Berhubung dengan menara kawalan..
Yang paling penting, ketika mendarat..
Semua itu menjadi memori, menjadi ingatan, menjadi kenangan yang sangat sempurna untuk kami semua..
Bukan mudah..
Ianya memerlukan pengorbanan..
Yang sangat besar..
Dan ia sangat berbaloi..
Ada satu kata-kata..
"Once you become a flyers, you will be always a flyers"
"Once you airborne, then you land.. You will miss it and want to get airborne again"
Dan langit ini menjadi saksi..
Segala apa yang kami lakukan..
Moga ia kembali menjadi saksi kami..
Suatu hari nanti..
Sama-sama doakan..
Amin..


 Sangat indah bukan..

Nothing to do with the topics..

 Because I miss her so much.. Why??

 This is her..

 Very sad to see her in this condition..

Get well soon.. Someone miss you so much..

Saturday, August 18, 2012

Qaryah Ramadhan

Bulan Ramadhan sudah mula melabuhkan tirai..
Bagi orang yang beriman, mereka pasti akan menangisi pemergian ramadhan..
Bg manusia yang tiada kukuh imannya, pasti mereka meraikan kerana bulan yang penuh pemyeksaan sudah berlalu..
Mereka beraya sakan bagaikan ramadhan itu langsung tiada terkesan di dalam hati..
Mereka tidak cukup tarbiah..
Kerana terlalu leka..
Di mana kita??
Manusia yang menangisi atau bergembira berlalunya ramadhan??
Harapnya kita adalah manusia yang beriman kepada Allah Taala..
Manusia yang mencapai ketakwaan hasil dari tarbiah di bulan Ramadhan..
Kerana 11 bulan yang akan datang penuh dengan dugaan dan cabaran yan menanti..
Moga kita mendapat keredhaan Allah Taala..
Alhamdulillah, tahun ni dapat melaksanakan ibadat di bulan Ramadhan..
Tidak sesempurna mana namun sedaya upaya untuk menkjadikannya sesempurna mungkin..
Syukur kepada Allah Taala kerana tiada kekangan untuk melaksanakan ibadah..
Terasa ramadhan kali ini lebih baik dari segi urutannya..
Maksud saya, ada beberapa perkara yang dapat di perbaiki dari Ramadhan yang lepas..
Tahun ni saya bersolat terawih di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium..
Qaryah bermaksud perkampungan..
Qaryah Ramadhan, Perkampungan Ramadhan..
Program yang telah lama terlaksana di bumi Serambi Mekah ni..
Cuma saya baru tahun kedua mengenali Qaryah Ramadhan..
Tahun lepas, saya mula berterawih di sini..
Alhamdulillah tahun ni, terawih penuh di Qaryah..
Tak ke masjid lain..
Kerana hati dah jatuh di sini..
Jika ada manusia yang terpekik terlolong kata apa ada di kelantan, cukuplah saya tunjuk "Kami ada Qaryah Ramadhan"..
Tahun lepas saya mula ke Qaryah Ramadhan pada malam ke-4 terawih..
Atas dasar mahu mencuba..
Alhamdulillah, malam berikutnya saya terus kekal ke Qaryah..
Tahun ini, dari malam pertama lagi saya ke Qaryah Ramadhan..
Suasananya sangat berbeza..
Sukar untuk saya gambarkan..
Hanya orang yang ke sini sahaja memahami..
Suasananya, masyarakatnya, programnya..
Sangat membahagiakan..
Khemah besar didirikan di dataran yang agak luas ini..
Yng  mampu memuatkan lebih 2000 jemaah pada satu-satu masa..
Sangat selesa..
Berhawa dingin..
Apa yang menjadi tarikan utama, imamnya..
Yang di jemput khas dari Mesir..
Sheikh Ramadhan Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari..
Punyai suara yang lantang dan lunak..
Mampu untuk meruntun jiwa pendengar..
Ya, saya sangat kagum dengan bacaan mereka..
Dan secara tak langsung kita akan taksub dengan Al-Quran..
Solat terawih di sini hanya 8 rakaat sahaja..
Tetapi bacaan setiap rakaat agak panjang..
Namun tak terasa kerana asyik mendengar alunan ayat suci Al-Quran..
Dan diadakan tazkirah separuh terawih..
Berbagai program dirancang oleh pihak penganjur, MPKB-BRI..
Antara program besar, 100 kali khatam Al-Quran, sepetang bersama selebriti UAI dan bermacam lagi..
Semua ini dirancang hanyalah, Lillahi Taala..
Saya bersyukur kerana berada di bumi Kelantan ini bersama program ini..
Bersama ribuan jemaah..
Yang bersih wajahnya, lembut tutur katanya, khusyuk solatnya, ikhlas ibadatnya..
Yang tua, juga yang muda..
Dan saya juga selalu bersua muka dengan orang yang sama..
Tersenyum bahagia..
Demi Allah, saya berbahagia..
Sekurang-kurangnya manusia yang tidak kuat hati, tidak banyak amal ini memaksa diri untuk bersama mereka..
Takbir, rukuk, sujud bersama mereka..
Moga redha Allah kepada mereka saya juga dapat tempiasnya..
Amin..
Jika diikutkan hati, banyak lagi mahu dikongsi..
Saya rasa, cukup sekadar itu..
Saya akan upload gambar, mungkin itu mampu untuk ceritakan segalanya..
Lihatlah dengan mata sendiri suasananya..
Moga Ramadhan akan datang, saya masih diberi peluang untuk menjadi jemaah Qaryah Ramadhan..

 Malam pertama terawih


 Sheikh Ramadhan Ayub Musa
 Sheikh Hisham Abdul Bari
 Tuan Guru kesayangan seluruh rakyat Kelantan
 Antara pentazkirah separuh terawih









 Siapakah gerangan lelaki di dalam gambar di atas ni??
Hehe
 Ada lagi
 Malam 100 kali khatam Al-Quran


Alhamdulillah..
Setiap tahun, saya ke Qaryah dengan sesuatu yang baru..
Sesuatu yang Allah kurniakan pada saya..
Tahun lepas, saya datang ke Qaryah dengan mempunyai pekerjaan..
Tahun ni, saya datang dengan mempunyai sebuah kenderaan sendiri..
Alhamdulillah..
Tahun depan, saya berazam untuk datang ke Qaryah dengan sesuatu yang baru juga..
Saya tidak lagi mahu datang berseorangan..
Saya berdoa agar Allah kabulkan niat saya untuk datang berteman tahun depan..
Insya Allah..
Sama-sama doakan..
Wassalam..

Lets Fly High To The Sky..
(",)

Saturday, August 4, 2012

New Identity..

Changing my position..
Before I was a flight operation officer..
Now I'm working as Ground Instructor..
Easy to say, a teacher..
Yes, I'm teaching the student now..
I have been shifted to Ground School to cover the instructor at the GS..
I'm CPL/IR holder, have a capability to teach the new student..
I have been given a task, to teach the new student..
Initially an easy subject, PPL subject..
Airlaw, not quite hard as the other subject..
Before start teaching, they ask me to go for an observation class..
I have to enter other instructor class, observe how they teach..
The technique of teaching..
It is not easy to teach..
Need to have a skill..
Somekind of laa..
So I need to learn it before start to make someone learn..
So I went to Capt Faizal and Capt Anas classes..
I observe and learn in single class..
They are so awesome and excellent in the class..
I learn a lot of thing from them..
Thanks a lot to both of you guys..
And after that, I have to start my class..
Starting with batch 54B, bomba cadets class..
Just 4 of them..
Good for the start..
And the best time for me to practice..
And here we go..
Now I have been at the GS for more than 3 month..
Enjoy the life here..
Me back in the uniform..
Wearing bars, wing..
Alhamdulillah..
We are planning, Allah also plan for us..
But He's the best planner..
I upload the pic here..
Let the picture tell the rest of the story..

 The first picture taken with the bars..
 Filling the time with Capt Faizal, my ex-batchmate and penghulu..
"Arrggghhh.. Morelesss.." Remember this white hair man, guys??
This one quite annoying is it?? Its ok, can close your eyes.. Hehe..



Thats all guys for now..
See you later..
Salam Ramadhan Al-Mubarak..
Take your body and soul at the best place..
Seeking for 'Redha" from Allah Taala..
Insya Allah..

Lets Fly High To The Sky..

Saturday, June 23, 2012

Menjengah bertanya khabar..

Assalamualaikum..
Lama tak singgah menulis di blog yang tak berapa nak hidup ni..
Sudah beberapa bulan singgah sementara tanpa meninggalkan sebarang jejak..
Masa kurang mengizinkan..
Lebih tepat lagi, mood yang kurang mengizinkan..
Tak terasa ingin menulis..
Maca-macam yang bermain dalam fikiran..
Cuma belum cukup rajin untuk menaip keyboard ni..
Hanya rajin membuka Facebook dan Tweeter..
Dah berhabuk dan mungkin jugak berkulat blog saya ni..
Mujurlah blog ni tak boleh bercakap..
Jika tak, mungkin dan menjerit memanggil nama saya..
Alhamdulillah, syuku ke hadrat Allah Taala..
Saya masih diberi umur yang semakin memendek ini, untuk meneruskan perjalanan yang makin hari makin berliku dan mencabar..
Hidup ini teralu banyak dosa..
Selalu lupa dan alpa..
Terhasut dengan godaan syaitan yang sesat lagi meyesatkan..
Masya Allah..
Selalu lupa..
Moga Allah mengampunkan dosa yang setinggi gunung, seluas lautan ini..
Amin..
Sejak beberapa lama ni, banyak perkara yang berlaku ke atas diri saya..
Tak terkira..
Suka, duka, pahit, manis..
Hidup ini penuh dengan ujian kan..
Mujurlah masih ada secebis iman, membuatkan jiwa ini cekal, hati ini kuat..
Naik turun dilambung ombak kehidupan..
Kadang kala tersenyum memikirkan dunia yang penuh dengan hasad dengki..
Manusia, manusia..
Tak pernah suka melihat orang lain senang..
Suka melihat orang duka lara..
Mula-mula rasa nak marah..
Tapi lama-lama, tercuit geli hati melihat manusia sedemikian..
Hodoh betol perangai..
Buruk akhlak..
Bukan mahu menilai mereka..
Cuma sekurang-kurangnya kita tak pernah buat sesuatu yang boleh menjatuhkan orang lain..
Tak mengapa kerana saya sangat yakin bahawa Allah Itu Maha Adil..
Biar sahaja Dia yang balas..
Kita tunggu dan lihat sahaja..
Insya Allah suatu hari nanti saya akan ceritakan..
Tunggu benda dah nak basi, baru sedap untuk dibuka..
Bau semerbak..
Cukuplah buat ketika ini..
Doakan saya, saya juga doakan kalian..
Moga sentiasa dirahmati Allah Taala..
Amin..
Wassalam..

Lets Fly High To The Sky..
(",)

Thursday, March 15, 2012

Bersyukur..

Betapa kita adalah manusia yang paling tak tahu malu..
Betapa kita tak reti bersyukur..
Kerana kita manusia yang sombong..
Tidak mahu menghargai segala pemberian Tuhan..
Berasa tidak cukup dengan apa yang Allah kurniakan..
Sedar atau tidak di mana kita berpijak..
Mungkin kita terlalu berada diawangan..
Saya nak tanya satu soalan kepada diri saya sendiri..
Sapa yang saya mahu dalam hidup ini??
Apa yang saya nak Allah kurniakan pada saya??
Jawapannya mudah..
Saya mahu Allah redha kepada saya..
Hanya kerana redha Allah saya akan dapat hidup bahagia dan tenang..
Syurga Allah takkan dapat diraih hanya dengan ibadah saya yang tak seberapa..
Dengan solatnya yang tidak khusyuk, amalnya tidak lengkap..
Banyak khilaf kita..
Tapi mengapa kita sukar untuk menjadi hamba yang berterima kasih kepada Tuhan..
Bersyukur bukan semata-mata mengucapkan Alhamdulillah..
Malah ia lebih lagi dari itu..
Kita menggunakan segala yang Allah berikan itu pada jalan dan keadaan yang paling sempurna, itu adalah syukur..
Perasan atau tidak, kadang-kadang kita tak rasa cukup dengan apa yang Allah Taala kurniakan..
Ya, kita kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih..
Tetapi mengapa kita meletakkan kebendaan itu pada tempat yang tidak sepatutnya..
Kadang kala saya punyai perasaan yang datang..
Melihat orang lain punyai sesuatu yang lebih, yang saya tak punyai..
Dalam apa jua perkara sekalipun..
Sebagai contoh kita tak bahagia dengan kenderaan yang kita ada, yang kita naiki..
Orang lain pakai kenderaan yang lebih selesa..
Fikirlah sejenak, ada manusia yang tak punyai kenderaan..
Hanya mengayuh basikal..
Sangat kerap perasaan itu datang pada saya..
Perkara yang sering terjadi pada saya..
Ketika menaiki kenderaan..
Kereta mewah berada bersebelahan dengan kereta "biasa" yang saya naiki..
Dalam hati terdetik "bestnya dia dapat naik kereta mewah"..
Kemudian Allah tunjukkan sesuatu pada saya..
Seorang pakcik mengayuh basikal tua menghantar anaknya ke sekolah..
Hanya mengayuh basikal..
Muka dia bahagia..
Ya Allah..
Betapa saya manusia yang tak reti bersyukur..
Saya masih punyai kenderaan, dalam penghawa dingin..
Sedangkan pakcik tu hanya berbasikal..
Mahu menitis air mata..
Betapa hati ini penuh noda..
Sehingga lupa mahu bersyukur..
Saya termenung..
Kadang kala ketika berada di kopitiam, ada seorang anak kecil yang seringkali saya jumpa..
Menjual kerepek..
Dan ibunya menunggu dengan motorsikal di luar kedai..
Anak kecil ini seperti memahami perit jerih seorang ibu mencari wang untuk mereka sekeluarga..
Anak itu tidak meminta..
Dia berusaha..
Saya pula, masih mampu duduk di kopitiam minum air bersama rakan-rakan..
Tapi masih tidak mahu bersyukur..
Ya Allah betapa aku tidak reti untuk bersyukur..
Hati luluh sebab betapa kita ni selalu lupa pada Tuhan..
Apa salahnya seluk poket, ambil beberapa not duit hulur kepada anak kecil itu..
Saya tepuk bahu anak kecil tu waktu dia nak keluar..
Hulurkan wang yang tak seberapa..
Sekadar untuk meringankan beban si kecil itu..
Dan ucapan terima kasih dari anak kecil itu sangat menyejukkan hati..
Hati kita akan menjadi sangat lega..
Kerana kita lakukan sesuatu, sekurang-kurangnya kita berusaha..
Masih kecil dan bersekolah, berusaha mencari rezeki yang halal..
Jika kita sedar airmata pasti menitis..
Betapa kita sangat beruntung..
Kerana masih punyai sesuatu..
Cuma kita tidak mahu bersyukur..
Kita hanya orang biasa..
Entah doa makbul atau tidak..
Jadi mengapa tidak kita tambah kekuatan doa, melalui anak kecil ini..
Yang tiada dosa dan masih bersih hatinya..
Kita selalu mencari jalan untuk mencari duit lebih..
Tapi kita lupa untuk mencari jalan untuk mencari pahala lebih..
Kerana kita sering lupa..
Moga Allah mengampuni segala dosa kita di dunia ini..
Dan berusahalah untuk menjadi hamba yang bersyukur..
Amin..

Saturday, March 10, 2012

Kenapa Dan Mengapa Dia..

Kenapa kita jatuh hati pada dia..
Bukan kepada manusia lain..
Ramai lagi manusia lain d dunia ini..
Tetapi dia juga yang kita mahukan..
Pernahkah persoalan ini bermain dalam fikiran..
Pernahkah ada manusia lain yang menjelmakan soalan ini pada diri kita..
Saya pasti kita punyai jawapan yang tersendiri..
Kerana hanya kita yang mampu membaca isi hati sendiri..
Bukan orang lain..
Pasti 1001 jawapan akan menjengah fikiran..
Kerana kita benar-benar yakin dan pasti dia pilihan kita..
Kita mahukan dia..
Tetapi atas alasan apakah kita mahukan dia..
Atas hujah apakah kita menebarkan sayap cinta kita untuk dia..
Atas motif apakah kita menjatuhkan jiwa dan hati kita pada dia??
Berhenti seketika..
Dalam perjalanan menuju bahtera..
Mengapa dia??
Lupakan seketika dunia..
Bicara nafsu, tinggalkan ia sejauh-jauhnya dari kita..

Wahai mukmin..
Mengapa kau cinta dia??
Kerana kecantikan dia, rupawannya, manja tutur katanya??
Berbicaralah pada hati..
Siapa dia pada kita??
Jika benar dia mahu dipetik untuk menemani sepanjang perjalanan dunia menuju akhirat, alhamdulillah syukur pada Allah Taala..
Bukan bermaksud mempersoalkan pilihan hati..
Cuma sekadar mahu kita berfikir sejenak..

Jangan dipandang pada cantiknya wajahnya, tetapi pandanglah betapa bersihnya rupanya yang sentiasa dibasahi wuduk..
Jangan didengar manjanya tutur kata, tetapi dengarlah betapa lunaknya suara dia mengalunkan kalam Allah..
Jangan dilihat pada perawannya dia, tetapi lihatlah pada indah dan luhurnya budi pekertinya..
Jangan sesekali merenung wajah si dia, kerana wajah itulah mahu dia hadapkan pada Yang Maha Mencipta..
Jangan dicemarkan jiwa itu, jangan dinodai maruahnya, kerana telah temeterainya perjanjian dengan Tuhan, hanya untuk suami yang sedang menanti..

Wajahnya yang redup, kerana sentiasa menangis akan dosa di hadapan Allah..
Wajahnya yang jernih, kerana wuduknya yang sempurna..
Matanya yang dilindung dari merenung jauh sentiasa segar memperhalusi ayat suci Al-Quran..
Semuanya dijaga sempurna..
Dan kita, harus jadi sepertinya..

Iman dan takwanya menjadi ukuran..
Kita mahu dia yang sempurna..
Maka kita jadilah yang sempurna..
Bohonglah jika wajah bukan menjadi ukuran..
Kerana dari wajah itulah yang mencuit hati..
Tetapi jangan semata-mata wajah itu menjadi ukuran..
Kenalilah isi hatinya..
Carilah yang boleh membimbing kita tatkala tersilap langkah..
Agar kita sentiasa dalam pedoman..
Ketika kita lemah, dia ada untuk menaikkan semangat mengingatkan kita pada janji Allah..
Ketika kita alpa, dia datang mengingatkan betapa azab Allah amat pedih..
Ketika kita hampir tersungkur diuji, dia datang memberitahu betapa indahnya nikmat syurga Allah..
Betapa dia menyempurnakan kita..
Beruntungnya kita punyai dia..
Tetapi beruntungkah dia punyai kita??
Jangan zalim pada si dia..
Jadilah kita manusia yang paling sempurna untuk dia..
Agar dia juga beruntung punyai kita..

Kenapa saya pilih dia??
Kerana dia sentiasa mengingatkan, bila saya lupa..
Kerana dia selalu menegur bila saya melampau dalam perbuatan..
Kerana dia mengingatkan saya menjaga iman..
Kerana dia sentiasa ada..
Allah bagi kekuatan..
Allah bagi ketabahan..
Kita selalu diuji..
Dan sama-sama kita harungi..
Jangan pergi seorang diri..
Pasti kita akan lemas terkapa-kapai..
Kenapa dan mengapa??
Kerana keyakinan yang saya sandarkan pada Allah Taala, pasti yang dia akan sentiasa bersama saya ketika waktu saya sukar dan memerlukan teman..
Teringat kata-kata seorang guru kaunselor sekolah..
Pernah dia tanyakan pada suaminya, mengapa memilih dirinya..
Jawapan suaminya mudah..
Kerana bila saya tengok awak saya tahu yakin dan pasti awak akan menjadi isteri saya..
Sampai begitu sekali intinct seorang lelaki..
Dan juga mahu punyai keyakinan sebegitu..
Mencari sesuatu yang pasti..

Ya Allah..
Jika dia untuk aku, sempurnakanlah kami dengan ikatan tulusMu..
Jika dia bukan untukku, jauhkanlah kami..
Dan tabahkanlah hati untuk menerima ketentuanMu itu..
Dan Ya Allah..
Dia sudah cukup sempurna untuk aku..
Sempurnakanlah diri aku dengan kedatangan dia..
Amin..