Tuesday, April 16, 2013

Ujian..

Ujian dan dugaan itu sentiasa datang..
Ibarat makanan dalam kehidupan kita..
Makanan ruji..
Tanpa ujian, tiada warna dalam hidup..
Semua orang kata macam tu..
Kerana masing-masing nak sedapkan hati..
Tapi sedar atau tidak, berat sebenarnya nak melepasi segala dugaan itu..
Saya sendiri, sentiasa mengalaminya..
Banyak benda, banyak perkara..
Ketika kita tak perolehi sesuatu yang kita mahu, masa tu hati kita sangat kuat..
Tegas hati, mahukan sesuatu yang kita mahukan..
Setia menunggu..
Apa sahaja yang datang, ditepis begitu sahaja..
Tetapi bila kita dah dapat apa yang kita mahukan, mulalah meragam..
Masa tu hati mula berbolak balik, mula keliru, mula celaru dengan apa yang kita ada..
Dimana kekuatan dulu itu hilang..
Dimana ketabahan hati itu lenyap..
Ke mana ia pergi??
Kita sudah kehilangan apa yang kita ada..
Ujian itu lebih berat dari dulu..
Kerana kita tak punyai apa-apa..
Sekarang kita punyai sesuatu..
Dan mula mencari sesuatu yang tidak perlu..
Ya, kita mencari..
Mengapa tidak syukuri apa yang Allah dah bagi..
Kadang kala kita mencari sesuatu yang sebenarnya tak perlu bagi kita..
Kemudian hari, menyusahkan diri..
Susahkan hati..
Dan mungkin juga susahkan orang lain..
Tetapi, bukan semata-mata keburukan yang kita dapat..
Ada juga kebaikan..
Sekurang-kurang kita akan berfikir..
Baik dan buruk akan sesuatu itu..
"Baru sekarang nak rasa bersalah??"

Antara perkataan yang singgah di telinga..
Betul apa yang diperkatakan tu..
Sebab masa nak buat sesuatu, tak fikir kesannya pada masa akan datang..
Dan sekarang kita tahu..
Mungkin terlalu ikut rasa..
Tak tegas dalam pendirian..
Mudah benar ambil berat..
Ya, mungkin terlalu lembut hati akan sesuatu..
Kenapa tak mampu untuk tegaskan hati dengan hal yang demikian..
Kerana kita sendiri yang memilih untuk bertindak sedemikian..
Tak mengapalah, sudah jauh perginya ni..
Teruskan dan habiskan apa yang telah ada..
Moga suatu hari nanti akan lebih berwaspada dalam perilaku..
Harap-haraplah..
Sebab kita sekarang kata lain, nanti akan buat lain..
Tak mengapa, ambil masa..
Untuk selesaikan segalanya..
Bimbing dia, moga dia berubah..
Moga dia kembali kepada dirinya yang asal..
Saya doakan..
Moga redha Allah itu ada..








Lets fly, high to the sky..
(",)

1 comment:

Mrs. Solarstreak said...

come on my dear brotha!
SMILE please.... :')