Saturday, February 25, 2012

Kalam Bicara Buat Seorang Teman..

Bismillah..

Aku buka kalam bicara..
Dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa..
Tuhan sekalian alam..
Tuan punya dunia..
Tiada cacat cela padaNya..

Aku memohon pada Allah agar memberkati aku dalam menulis kalam bicara ini untukmu..
Jika kalam ini Dia berkati, lancarkan tanganku untuk menaip setiap bait ayat..
Jika tidak, lunturkan semangatku, keringkan ideaku..
Agar aku berhenti menulis sesuatu yang Dia murkai..

Aku tujukan kalamku ini padamu teman..
Untuk meningatkan aku dan kau..
Pada Tuhan..
Agar aku dan kau tidak cenderung melakukan dosa dan noda..
Aku bukan sempurna..
Tetapi aku tetap milik Tuhan..
Seperti juga dirimu..
Kita semua miliknya..
Allah, Tuhan yg tiada sedikit pun cacat cela padaNya..
Aku memohon pada Allah agar Dia berkati akan segalanya..
Biarlah aku menulis kalam ini..
Biar Dia berkati..
Biar Dia rahmati..
Tiada niat lain..
Hanya kerana mahu pada keredhaan Allah Taala..
Dalam aku dan kau menuju padaNya..
Agar aku dan kau tidak ada noda..
Tidak ada dosa..
Cukuplah sekadar kita bertegur sapa sekali sekala..
Bertanya tentang iman..
Tentang ibadah..
Tentang segalanya yang menuju pada Allah..

Wahai teman yang aku letak Allah sebagai perantara..
Jangan sesekali kau bayangi dirimu dgn hati yg penuh dusta..
Jangan beratkan hatimu pada hati manusia seperti aku yang penuh noda dan dosa..
Sandarkanlah hati kau pada kecintaan kepada Allah dan Rasul..
Melebihi kecintaan pada makhluk..

Wahai teman yang aku selalu kirimkan doa..
Jangan kau lupa bahawa aku juga manusia biasa..
Yang tidak lari dari kekhilafan..
Tegurlah aku sebagai seorang muslim jika benar aku melakukan kesilapan..
Jangan kau simpan dan pendam..
Tidak akan aku curigai segala teguranmu..
Kerana aku tahu kau ikhlaskan ia kerana Allah Taala..
Dan aku juga akan melakukan hal yang sama..
Bukan kerana apa..
Aku mahu kita saling mengingati..
Akan soal kematian..
Yang tiada siapa tahu akan datang ajalnya..
Jangan biar aku terpesong dari jalan Tuhan..

Wahai teman..
Jagalah hatimu dari nafsu yang tidak pernah kenal erti penat..
Jagalah iman, jagalah takwa..
Jangan sesekali terlucut dari pegangan..
Aku tidak lihat kau dari rupa paras yang menawan..
Dari harta yang bertimbun..
Aku hanya mahukan dirimu kerana iman..
Kerana agamamu yang mampu menyempurnakan aku..
Jangan sesekali kau hilangkan iman dalam hatimu itu..
Kerana kecintaan aku akan berlalu bersama iman dalam dirimu..

Wahai teman..
Letakkanlah Allah sebagai perantara..
Aku dan kau..
Yang tidak sempurna..
Jangan kau letak hatimu pada hatiku..
Tanpa ada sebarang keraguan..
Tanpa ada sebarang pegangan..
Letakkanlah Allah Taala sebagai perantara..
Supaya kau dan aku tidak akan kecewa jika perpisahan menjadi penutup bicara..
Kerana kita tahu Allah mencipta takdir itu untuk kita..

Wahai teman..
Jangan kotorkan hatimu kerana mengingati aku setiap waktu dan ketika..
Ingatlah pada Tuhan..
Ingatlah pada Rasul..
Kerana membayangkan aku hanya memberi kau dosa..
Dan mengingati Allah dan Rasul akan menambah iman dalam hatimu..
Tidak aku curiga jika khabar kau tidak sampai padaku..
Kerana aku tahu kau sibuk beribadah pada Allah..
Dan aku juga pasti melakukan hal yang sama..
Mempersiapkan diri menuju syurga abadi..

Wahai teman..
Janganlah kau atau aku menjadi asbab kita terjerumus ke dalam neraka..
Kerana aku impikan bahagia..
Cinta hingga ke syurga..
Jangan sesekali lupa dan alpa..
Dalam melayari bahtera kehidupan..
Ingatlah, syaitan sentiasa ada untuk menyesatkan aku dan kau..
Berdoalah agar Allah sentiasa menjaga aku dan kau..
Setiap saat dan ketika..
Hingga sampai masa..

Wahai teman..
Aku tidak punyai lagu yang indah untuk ditujukan padamu..
Aku tiada puisi yang mengasyikkan untuk dikirim..
Aku tiada sajak yang puitis untuk dibisikkan padamu..
Aku hanya ada sekalung doa..
Untuk dikirim..
Setiap hari..
Agar kau sentiasa diberkati dan dirahmati..

Wahai teman..
Jangan lupa untuk mengirim doa..
Untuk kau dan aku..
Setiap kali tikar sejadah dibuka..
Jika ia benar untuk kau dan aku..
Biar aku dan kau diikat dengan sesempurna ikatan..
Jika tidak benar untuk kau dan aku..
Biarlah diakhiri dengan selembut-lembut perpisahan..
Agar aku dan kau, tersenyum pergi..
Memalingkan wajah..
Tanpa ada dendam dan airmata..
Kerana kita tahu Allah pisahkan kau dari menjadi milikku..

Wahai teman..
Cukuplah kalam bicara untukmu..
Aku tahu ia tidak seindah puisi sasterawan..
Tapi ia datang jauh dari lubuh hati sanubari untukmu..
Ikhlas kerana Allah Taala..
Berdoalah agar segalanya sempurna bagi kita..
Bersabarlah wahai hati..
Pasti masanya akan tiba..
Dan akanku pinang dirimu dengan BISMILLAH..

Lets Fly High To The Sky..
(",)

Wednesday, February 1, 2012

Perjalanan saya..

Assalamualaikum..
Bismillah..

Saya melalui perjalanan yang penuh dengan liku-liku..

Dengan dengan dugaan..

Penuh dengan pancaroba..
Segala yang saya miliki sekarang ini bukan sekelip mata saya perolehi..
Segala perit jerih saya lalui..
Segala penat lelah saya harungi..
Mungkin dugaan saya ini hanyalah secebis dugaan manusia lain..

Tetapi bagi saya, ia sudah cukup untuk membuatkan diri saya menjadi manusia yang lebih matang untuk menghadapi masa depan..
Sekarang, saya sudah memiliki lesen penerbangan..

Cuma belum bekerja..

Masih lagi mencari..

Mencari dan mencari..
Ini juga dugaan..

Bukan sahaja untuk saya..

Tetapi juga untuk manusia lain yang sama seperti saya..
I call myself as a "Jobless Pilot"..
Mungkin agak kasar sedikit..

But thats the truth..
We have to face it..
Kadang-kadang datang rasa cemburu dalam hati bila ada rakan-rakan yang sudah mendapat kerja..
Nampak mudah sahaja mereka mendapat pekerjaan dan bakal terbang di awan biru..
Itu pada pandangan kita..
Mana kita tahu..

Apa dugaan yang mereka hadapi..

Apa yang mereka tempuhi..
Sejauh mana mereka berusaha..

Kita tak nampak..
Sedangkan kita mengharapkan bulan jatuh ke riba..
Tanpa mahu berusaha apa-apa..
Ya..

Mungkin kita berusaha, tetapi tidak sebaik mereka..
Kita hanya mengharapkan belas kasihan orang lain..

Kita perlu usaha, yakin kepada takdir Allah..
Yang penting berusaha..

Dan selebihnya serahkan pada Dia..

Saya tahu mungkin cerita saya tidak sehebat orang lain..

Tetapi saya di sini sekadar berkongsi..

Untuk tatapan sesiapa sahaja yang membaca..

Sebelum menceburi bidang 'avaition' ini, saya pernah menjejakkan kaki ke Kolej..
The best place for me..

Until now..

Kolej Matrikulasi Melaka..

Di sinilah saya menyambung pelajaran selepas tamat persekolahan..
Di sinilah saya mula belajar banyak perkara..

Terlalu banyak untuk diceritakan..

Those memory I will keep in my mind until my last breath..

Saya sangat seronok berada di sana..
Bak kata orang baru mula nak kenal kehidupan..

Berada di asrama..

Berada berjauhan dengan keluarga..
Dan di sini jugalah saya kenal erti apa itu dugaan..
Alhamdulillah saya mampu untuk hadapinya..

Walaupun kadang kala hampir tersungkur..

Siapa saya di sana??

Saya hanya pelajar biasa..

Dan tidak perlulah diceritakan hal yang lepas..
Cukuplah sekadar menjadi memori saya dan mereka yang menghargai..

Perjalanan saya yang panjang ini tersekat separuh jalan..
Mungkin Allah mahu mengajar saya..
Tinggi mana saya berada, saya tetap kena berpijak di bumi yang nyata..

Mungkin terlalu berada di awang-awangan dan dalam dunia ciptaan sendiri..

Keputusan ujian saya langsung tidak memberansangkan..

Dan apa yang pasti, saya perlu meninggalkan kehidupan saya di sini..

Meninggalkan sahabat dan rakan untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang belum tamat.. Saya dahulu yang mengalah..
Mengangkat aki meninggalkan mereka di medan perang..

Sangat menyedihkan..

Sukar untuk digambarkan..

Hanya Allah yang tahu..

Ramai yang menberi sokongan kepada saya..

Semua ini takdir Allah..
Kata mereka..
Tetapi kita tidak akan nampak segala hikmah yang Allah sembunyikan..

Betapa kita lupa..
Betapa saya bersusah payah meletakkan keyakinan atas takdir Allah..

Umi antara orang yang dalam diam memberi sokongan kepada saya..

Umi tak bercakap banyak tetapi kata-kata umi penuh hikmah..

Cukup satu perkataan untuk membuatkan saya diam, cukup satu jelingan membuatkan saya undur, cukup segalanya..
Menjadikan saya manusia yang tabah..

Betul apa yang semua orang kata..

Ibu adalah manusia yang paling memahami kita..
Kerana dia mengenali kita 9 bulan lebih awal dari orang lain..

Bagaimana saya berada dalam bidang aviation ini??

Semuanya hanya kerana 1 perkataan dari umi..

Yang Allah ilhamkan kepada dia untuk di ucapkan kepada saya..
"Umi nak jugak tengok salah seorang dari anak umi jadi juruterbang"..

Dari situlah menjadi titik tolak kejayaan saya sekarang..

Perjalanannya??

Memang panjang..

Mungkin ada masa nanti saya akan ceritakan..

Bagaimana perjalanan saya sebelum dapat menjejakkan kaki ke akademi penerbangan..

Insya Allah..

Lihatlah bagaimana Allah mencaturkan takdir kita..

Dia beri kita kesakitan kerana Dia mahu menghadiahkan kita sesuatu..
Ubat yang sangat mujarab..

Dia berikan kita seseuatu yang lebih baik..
Tapi kita tak nampak..
Kerana kita tak yakin akan Dia..

Jika Allah buka hijab..

Dan menunjukkan hikmah akan segala yang Dia canangkan..

Pasti saya akan menjadi manusia yang terawal berdoa agar Allah takdirkan segala kesakitan dan kepahitan itu untuk saya..

Kerana saya nampak kemanisan yang Dia sediakan untuk kita..

Tetapi Dia sorokkan dari pengetahuan kita..
Kerana apa..

Kerana Dia mahu kita menjadi manusia yang sentiasa berusaha dan yakin dengan Dia..

Lihatlah..

Betapa Allah sangat sayangkan kita..

Cuma kita sahaja yang lupa kan Dia..

Sekadar coretan ringkas..

Insya Allah kita akan berjumpa lagi..

Wassalam..


Lets Fly High To The Sky..
(",)


~KMM DIHATIKU~