Friday, November 25, 2011

Doa Seorang Hamba..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku duduk dengan penuh rasa khusyuk..
Aku tadahkan tangan ke langitMu yang terbentang luas memenuhi ruang angkasa dengan rasa tawaduk..
Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa..
Aku datang kepadaMu dengan penuh dosa dan noda..
Memohon keampunan setinggi langit dan bumi..
Ampunilah segala dosaku Ya Allah..
Yang seluas isi langit dan bumi..
Tiada yang lain untuk aku memohon melainkan kepadaMu..

Ya Allah, kau ampuni dosa ibu bapa dan semua ahli keluargaku..
Rahmatilah mereka, berkatilah mereka..
Jagalah mereka Ya Allah seperti mana mereka menjaga aku sejak kecil..
Ya Allah, aku sedar bahawa aku tidak layak memohon ampun akan dosa insan lain kerana dosaku belum pasti terampun..
Aku tunduk pasrah padaMu..
Aku serahkan segalanya padaMu Ya Robbul Jalil..
Engkaulah yang menentukan segalanya..

Ya Allah Tuhan Sekalian Alam..
Berikanlah kami semua kekuatan hati, ketabahan jiwa, kekukuhan iman, kesetiaan takwa..
Jangan kau bolak-balikkan hati ini setelah kau berikan segalanya..
Kekalkanlah ia dalam iman dan takwa..

Ya Allah..
Kau berikanlah aku ketenangan..
Cukupkanlah aku dengan segala pemberianMu..
Cukupkanlah aku dengan rezeki yang Kau kurniakan..
Berikanlah aku rezeki yang halal..
Jauhkanlah aku dari rezeki yang haram..
Rezeki yang kau tidak berkati..
Cukuplah bagi aku rezeki yang sedikit..
Dari rezeki yang melimpah ruah, tetapi dari sumber yang kau murkai..

Ya Allah..
Kau dekatkanlah aku dengan syurgaMu..
Walaupun aku langsung tiada layak untuk bersama hambaMu yang datang penuh dengan kesolehan..
Aku dambakan syurgaMu..
Jangan Kau dekatkan aku dengan nerakaMu Ya Allah..
Tidak mampu untuk aku tanggung seksa api nerakaMu..
Aku tahu, seksa api nerakaMu amatlah pedih..

Ya Allah..
Kau berkatilah segala perjalanan aku di muka bumi ini..
Kau rahmatilah setiap langkah yang aku ambil..
Bawaklah ia ke jalan yang benar..
Halanglah ia dari memasuki jalan yang salah..
Kerana aku buta tanpa petunjukMu..

Ya Allah..
Kau kurniakan aku mata yang begitu sempurna..
Begitu indah melihat alam ciptaanMu..
Tetapi aku melihat segala macam maksiat di atas muka bumi ini..
Sungguh aku bukan hamba yang bersyukur..
Kau ampunilah aku ini..
Supaya mataku ini tidak menjadi asbab untuk aku mendapat hukumanMu di akhirat kelak..

Ya Allah..
Kau berikan aku mulut yang mampu berkata-kata..
Aku sepatutnya menggunakan ia ke jalanMu..
Mengucap kalamMu..
Menyampaikan kebenaran..
Bezikir padaMu..
Tetapi aku sentiasa menggunakan ia untuk menghina manusia lain..
Tanpa ada rasa malu, aku menjatuhkan air muka manusia lain yang tidak bersalah..
Betapa kejam aku ini Ya Tuhan..
Kau ampunilah aku..

Ya Allah..
Kau takdirkanlah aku dengan takdir yang terbaik..
Takdir yang sempurna..
Sesungguhnya takdir yang Kau canang tiada cacat cela..
PerancanganMu adalah yang paling sempurna..
Berbanding aku ini, manusia yang penuh cacat cela..
Dengan penuh sifat kehambaan ini..
Aku pohon padaMu..
Kau tunjukkanlah aku jalan yang sempurna untuk aku jalani di atas muka bumi yang penuh pancaroba ini..
Dunia ini yang penuh dengan segala yang kadang kala aku tak mampu untuk hadapi..
Ya Allah, kau berikanlah aku dugaan dan ujian yang aku mampu hadapi..
Jangan kau bebani aku dengan segala dugaan yang aku tak mampu hadapi..
Cukuplah dengan apa yang berikan..
Sudah cukup berat untuk aku hadapi..
Jika ini takdir yang sempurna untuk aku, Kau berikanlah aku kekuatan agar aku mampu untuk pasrah dengan ketentuanMu..
Kerana Kau sahaja yang mampu mengubah hati manusia ini..

Aku sujud padaMu Ya Allah..
Tanda aku menghambakan diri padaMu..
Tanda aku pasrah akan segalanya..
Kau perkenanlah segala permohonan aku ini..
Amin..
Ya Rabbal Alamin..



Let's fly high, to the sky..
(",)

Monday, November 7, 2011

Yang Sering Kita Lupa..

Assalamualaikum..
Bismillah..
Lama tak membasah kalam ni..

Masa makin berlalu..
Sekejap saja masa berlalu pergi..
Pejam celik, dah 3 bulan bekerja..

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Allah Taala..

Sekurang-kurangnya masih diberi kekuatan meneruskan kehidupan di alam yang penuh dengan panacaroba ini..

Masih mampu bernafas di muka bumi milik Allah..

Yang tak perlu kita bayar bil..

Yang tak perlu kita minta kebenaran..

Kerana Allah dah anugerahkan kepada kita, hambaNya..

Tanpa mengira siapa kita..
Bagaimana kita..

Semuanya Allah beri kepada kita..

Tanpa ada sedikit pun cacat cela..

Kerana Allah Taala itu Maha Adil..

Tuhan sekalian alam..

Dan yang sering kita lupa..
Bila kita gembira, kita lupa dan alpa..

Bila kita bersedih, kita mula mencari Dia..

Tapi, perasan atau tidak..

Pelupa mana pun kita padaNya..

Dia tetap ingat akan kita..

Tak pernah Dia lupa nak bagi kita nyawa..

Tak pernah Dia lupa nak bagi kita rezeki..

Dan Dia tidak pernah sesekali lupa kan hambaNya..

Walaupun kita selalu sangat lupa akannya..
Bukan sekali dua, tapi terlalu kerap kita lupa akan Dia..

Tapi Dia tak pernah nak hukum kita..
Kerana Dia ciptakan kita sebagai insan. yang pelupa..
Dia tetap sayangkan kita..
Bila kita gembira, kita leka..
Dan Dia sayangkan kita..
Dia berikan kita ujian..
Dia berikan kita dugaan..

Bukan kerana Dia murka semata-mata..

Tetapi Dia mahu kita berpaling kembali padNya..
Dia tak mahu kita terus lupa..
Dia tak mahu kita terus alpa..

Dia tak mahu kita terus hanyut dalan dunia ciptaan kita..

Dia mahu kita kembali padaNya..

Betapa Allah itu mahu kita memohon padaNya..

Merintih padaNya..
Mengadu padaNya..
Betapa Allah itu Maha Kuasa..

Kita sering lupa..
Untuk bermunajat dan berdoa padaNya..

Bila kita senang, kita bersama rakan..
Tapi bila kita susah, siapa yang kita cari??

Pasti Allah adalah jawapannya..
Sebab kita akan kembali kepada pencipta..

Tapi Dia tidak pernah puas untuk mendengar akan segala dari kita..

Walaupun kita sering lupa..
Kadang-kadang..
Perasan atau tidak..

Satu masa kita akan rasa..
Bahawa kita kehilangan sesuatu..
Kita berasa sunyi..

Berasa kosong..
Walaupun segala-galanya di depan mata..
Semuanya ada..
Tapi kita rasa kehilangan..
Tahu atau tidak apa yang kita hilang??
Kita hilang ketenangan hati..
Kita hilang kesenangan hati..
Kita hilang kelapangan hati..
Kerana ia datang dari Allah..

Tidak boleh dibeli di kedai..
Tiada di jalanan..
Kerana kita sering lupa akan Dia..
Saya juga sangat kerap rasa hilang akan sesuatu..
Rasa kosong..
Rasa ada yang tak kena..

Dan bila saya mencarinya..

Saya ketemui apa yang saya hilang..
Di mana??
Di masjid..
Ya..
Sy lupa..
Dah lama tidak melangkah ke masjid..
Sangat lama..
Sejak Ramadhan meninggalkan kita..

Begitu juga semangat kita..
Bersama Ramadhan yang berlalu..
Betapa kita lupa..
Bila ke masjid, rasa ketenangan itu datang..
Bila solat jemaah, rasa gundah gulana itu hilang..
Datang rasa sayu..
Bila sedar kita amat pelupa..

Bila solat, terasa mahu menitiskan air mata..

Mengenangkan diri, yang banyak dosa..
Banyak khilaf..

Tetapi sering lupa untuk minta ampun dariNya..
Seronok tengok pelajar tahfiz..
Kecil-kecil lagi..
Sudah istiqamah..
Terasa sangat kerdil diri ni..

Tak guna belajar tinggi, kalau Tuhan selalu lupa..
Tak guna ada sijil, kalau ibadah tak istiqamah..
Sedih bukan..

Sebab kita tak macam mereka..

Sekurang-kurangnya mampu menjadi separuh dari mereka pun dah cukup..
Kita minta macam-macam dari Allah..
Tapi ibadah tunggang langgang..
Kita patut malu..
Saya tujukan untuk diri saya..
Sering lupa dan alpa..

Tapi sekurang-kurangnya, kita masih sedar di mana kita berada..
Perjalanan masih panjang..
Banyak yang perlu dikejar..

Saya sentiasa berdoa..
Agar Allah berikan saya yang terbaik..
Berikan segalanya..
Pekerjaan yang baik, rakan taulan yang sempurna..

Yang mengingatkan saya kepadaNya..
Yang menambahkan iman dan takwa..

Dan yang paling penting..
Dia kurniakan saya jodoh..
Seorang serikandi yang kuat imannya..
Banyak amalnya..

Yang mencintai Allah lebih dari segalanya..

Insya Allah..

Moga Allah kabulkan doa..
Saja, selit sikit bab jodoh ni..
Amin..
Insya Allah..
Adalah jodohnya tu nanti..
(",)




Let's Fly, High To The Sky..