Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku duduk dengan penuh rasa khusyuk..
Aku tadahkan tangan ke langitMu yang terbentang luas memenuhi ruang angkasa dengan rasa tawaduk..
Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa..
Aku datang kepadaMu dengan penuh dosa dan noda..
Memohon keampunan setinggi langit dan bumi..
Ampunilah segala dosaku Ya Allah..
Yang seluas isi langit dan bumi..
Tiada yang lain untuk aku memohon melainkan kepadaMu..
Ya Allah, kau ampuni dosa ibu bapa dan semua ahli keluargaku..
Rahmatilah mereka, berkatilah mereka..
Jagalah mereka Ya Allah seperti mana mereka menjaga aku sejak kecil..
Ya Allah, aku sedar bahawa aku tidak layak memohon ampun akan dosa insan lain kerana dosaku belum pasti terampun..
Aku tunduk pasrah padaMu..
Aku serahkan segalanya padaMu Ya Robbul Jalil..
Engkaulah yang menentukan segalanya..
Ya Allah Tuhan Sekalian Alam..
Berikanlah kami semua kekuatan hati, ketabahan jiwa, kekukuhan iman, kesetiaan takwa..
Jangan kau bolak-balikkan hati ini setelah kau berikan segalanya..
Kekalkanlah ia dalam iman dan takwa..
Ya Allah..
Kau berikanlah aku ketenangan..
Cukupkanlah aku dengan segala pemberianMu..
Cukupkanlah aku dengan rezeki yang Kau kurniakan..
Berikanlah aku rezeki yang halal..
Jauhkanlah aku dari rezeki yang haram..
Rezeki yang kau tidak berkati..
Cukuplah bagi aku rezeki yang sedikit..
Dari rezeki yang melimpah ruah, tetapi dari sumber yang kau murkai..
Ya Allah..
Kau dekatkanlah aku dengan syurgaMu..
Walaupun aku langsung tiada layak untuk bersama hambaMu yang datang penuh dengan kesolehan..
Aku dambakan syurgaMu..
Jangan Kau dekatkan aku dengan nerakaMu Ya Allah..
Tidak mampu untuk aku tanggung seksa api nerakaMu..
Aku tahu, seksa api nerakaMu amatlah pedih..
Ya Allah..
Kau berkatilah segala perjalanan aku di muka bumi ini..
Kau rahmatilah setiap langkah yang aku ambil..
Bawaklah ia ke jalan yang benar..
Halanglah ia dari memasuki jalan yang salah..
Kerana aku buta tanpa petunjukMu..
Ya Allah..
Kau kurniakan aku mata yang begitu sempurna..
Begitu indah melihat alam ciptaanMu..
Tetapi aku melihat segala macam maksiat di atas muka bumi ini..
Sungguh aku bukan hamba yang bersyukur..
Kau ampunilah aku ini..
Supaya mataku ini tidak menjadi asbab untuk aku mendapat hukumanMu di akhirat kelak..
Ya Allah..
Kau berikan aku mulut yang mampu berkata-kata..
Aku sepatutnya menggunakan ia ke jalanMu..
Mengucap kalamMu..
Menyampaikan kebenaran..
Bezikir padaMu..
Tetapi aku sentiasa menggunakan ia untuk menghina manusia lain..
Tanpa ada rasa malu, aku menjatuhkan air muka manusia lain yang tidak bersalah..
Betapa kejam aku ini Ya Tuhan..
Kau ampunilah aku..
Ya Allah..
Kau takdirkanlah aku dengan takdir yang terbaik..
Takdir yang sempurna..
Sesungguhnya takdir yang Kau canang tiada cacat cela..
PerancanganMu adalah yang paling sempurna..
Berbanding aku ini, manusia yang penuh cacat cela..
Dengan penuh sifat kehambaan ini..
Aku pohon padaMu..
Kau tunjukkanlah aku jalan yang sempurna untuk aku jalani di atas muka bumi yang penuh pancaroba ini..
Dunia ini yang penuh dengan segala yang kadang kala aku tak mampu untuk hadapi..
Ya Allah, kau berikanlah aku dugaan dan ujian yang aku mampu hadapi..
Jangan kau bebani aku dengan segala dugaan yang aku tak mampu hadapi..
Cukuplah dengan apa yang berikan..
Sudah cukup berat untuk aku hadapi..
Jika ini takdir yang sempurna untuk aku, Kau berikanlah aku kekuatan agar aku mampu untuk pasrah dengan ketentuanMu..
Kerana Kau sahaja yang mampu mengubah hati manusia ini..
Aku sujud padaMu Ya Allah..
Tanda aku menghambakan diri padaMu..
Tanda aku pasrah akan segalanya..
Kau perkenanlah segala permohonan aku ini..
Amin..
Ya Rabbal Alamin..
Let's fly high, to the sky..
(",)
Saya bukan mesin ATM?
-
Suami minta masak, isteri cakap:
“Saya bukan tukang masak”
Tiba Tiba ular masuk dalam rumah, suami pun halau ular, tanpa jerit:
“Saya bukan bomba”
Tak la...
2 days ago

No comments:
Post a Comment