Wednesday, February 1, 2012

Perjalanan saya..

Assalamualaikum..
Bismillah..

Saya melalui perjalanan yang penuh dengan liku-liku..

Dengan dengan dugaan..

Penuh dengan pancaroba..
Segala yang saya miliki sekarang ini bukan sekelip mata saya perolehi..
Segala perit jerih saya lalui..
Segala penat lelah saya harungi..
Mungkin dugaan saya ini hanyalah secebis dugaan manusia lain..

Tetapi bagi saya, ia sudah cukup untuk membuatkan diri saya menjadi manusia yang lebih matang untuk menghadapi masa depan..
Sekarang, saya sudah memiliki lesen penerbangan..

Cuma belum bekerja..

Masih lagi mencari..

Mencari dan mencari..
Ini juga dugaan..

Bukan sahaja untuk saya..

Tetapi juga untuk manusia lain yang sama seperti saya..
I call myself as a "Jobless Pilot"..
Mungkin agak kasar sedikit..

But thats the truth..
We have to face it..
Kadang-kadang datang rasa cemburu dalam hati bila ada rakan-rakan yang sudah mendapat kerja..
Nampak mudah sahaja mereka mendapat pekerjaan dan bakal terbang di awan biru..
Itu pada pandangan kita..
Mana kita tahu..

Apa dugaan yang mereka hadapi..

Apa yang mereka tempuhi..
Sejauh mana mereka berusaha..

Kita tak nampak..
Sedangkan kita mengharapkan bulan jatuh ke riba..
Tanpa mahu berusaha apa-apa..
Ya..

Mungkin kita berusaha, tetapi tidak sebaik mereka..
Kita hanya mengharapkan belas kasihan orang lain..

Kita perlu usaha, yakin kepada takdir Allah..
Yang penting berusaha..

Dan selebihnya serahkan pada Dia..

Saya tahu mungkin cerita saya tidak sehebat orang lain..

Tetapi saya di sini sekadar berkongsi..

Untuk tatapan sesiapa sahaja yang membaca..

Sebelum menceburi bidang 'avaition' ini, saya pernah menjejakkan kaki ke Kolej..
The best place for me..

Until now..

Kolej Matrikulasi Melaka..

Di sinilah saya menyambung pelajaran selepas tamat persekolahan..
Di sinilah saya mula belajar banyak perkara..

Terlalu banyak untuk diceritakan..

Those memory I will keep in my mind until my last breath..

Saya sangat seronok berada di sana..
Bak kata orang baru mula nak kenal kehidupan..

Berada di asrama..

Berada berjauhan dengan keluarga..
Dan di sini jugalah saya kenal erti apa itu dugaan..
Alhamdulillah saya mampu untuk hadapinya..

Walaupun kadang kala hampir tersungkur..

Siapa saya di sana??

Saya hanya pelajar biasa..

Dan tidak perlulah diceritakan hal yang lepas..
Cukuplah sekadar menjadi memori saya dan mereka yang menghargai..

Perjalanan saya yang panjang ini tersekat separuh jalan..
Mungkin Allah mahu mengajar saya..
Tinggi mana saya berada, saya tetap kena berpijak di bumi yang nyata..

Mungkin terlalu berada di awang-awangan dan dalam dunia ciptaan sendiri..

Keputusan ujian saya langsung tidak memberansangkan..

Dan apa yang pasti, saya perlu meninggalkan kehidupan saya di sini..

Meninggalkan sahabat dan rakan untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang belum tamat.. Saya dahulu yang mengalah..
Mengangkat aki meninggalkan mereka di medan perang..

Sangat menyedihkan..

Sukar untuk digambarkan..

Hanya Allah yang tahu..

Ramai yang menberi sokongan kepada saya..

Semua ini takdir Allah..
Kata mereka..
Tetapi kita tidak akan nampak segala hikmah yang Allah sembunyikan..

Betapa kita lupa..
Betapa saya bersusah payah meletakkan keyakinan atas takdir Allah..

Umi antara orang yang dalam diam memberi sokongan kepada saya..

Umi tak bercakap banyak tetapi kata-kata umi penuh hikmah..

Cukup satu perkataan untuk membuatkan saya diam, cukup satu jelingan membuatkan saya undur, cukup segalanya..
Menjadikan saya manusia yang tabah..

Betul apa yang semua orang kata..

Ibu adalah manusia yang paling memahami kita..
Kerana dia mengenali kita 9 bulan lebih awal dari orang lain..

Bagaimana saya berada dalam bidang aviation ini??

Semuanya hanya kerana 1 perkataan dari umi..

Yang Allah ilhamkan kepada dia untuk di ucapkan kepada saya..
"Umi nak jugak tengok salah seorang dari anak umi jadi juruterbang"..

Dari situlah menjadi titik tolak kejayaan saya sekarang..

Perjalanannya??

Memang panjang..

Mungkin ada masa nanti saya akan ceritakan..

Bagaimana perjalanan saya sebelum dapat menjejakkan kaki ke akademi penerbangan..

Insya Allah..

Lihatlah bagaimana Allah mencaturkan takdir kita..

Dia beri kita kesakitan kerana Dia mahu menghadiahkan kita sesuatu..
Ubat yang sangat mujarab..

Dia berikan kita seseuatu yang lebih baik..
Tapi kita tak nampak..
Kerana kita tak yakin akan Dia..

Jika Allah buka hijab..

Dan menunjukkan hikmah akan segala yang Dia canangkan..

Pasti saya akan menjadi manusia yang terawal berdoa agar Allah takdirkan segala kesakitan dan kepahitan itu untuk saya..

Kerana saya nampak kemanisan yang Dia sediakan untuk kita..

Tetapi Dia sorokkan dari pengetahuan kita..
Kerana apa..

Kerana Dia mahu kita menjadi manusia yang sentiasa berusaha dan yakin dengan Dia..

Lihatlah..

Betapa Allah sangat sayangkan kita..

Cuma kita sahaja yang lupa kan Dia..

Sekadar coretan ringkas..

Insya Allah kita akan berjumpa lagi..

Wassalam..


Lets Fly High To The Sky..
(",)


~KMM DIHATIKU~


4 comments:

Kak iman said...

your journey will begin soon frenz

FAIQ TAHIR said...

Terima kasih..
Sam2 doakan..
Agar kita tabah dalam mengahdapi hari2 yg mendatang..
Yang pasti menghidangkan kita 1001 macam dugaan dan cabaran..

IN THE EYES OF ALLAH said...

subhanallah...trm kasih atas perkongsian...entah mcmn sy sampai ke blog ini... hampir menitis air mata sy membaca post ini...mabruk! hanya kita yg merasai kepahitan itu akan mengenal ALLAH Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Sobur.. smg terus menggapai cinta ALLAH Ya Wadud..berjaya dunia dan bahagia akhirat..ameen, Ya ALLAH..

Unknown said...

Assalamualaikum..
Ketentuan rezeki itu, mmg datang dari Allah.. Cuma berusaha untuk mendapatkannya..
Bagi saya, impian pnulis tlh mjadi kenyataan, cuma hanya tinggal mencari 'kehidupan' bersama impian itu..
Kalau boleh, saya ingin membaca kisah penulis ketika nak masuk dunia pernerbangan..
Dari zero, sampailah dpt 'wing'..
Bukan apa, saya suka baca kisah orang nak jadi juruterbang..
Sebab, saya rasa lebih menarik dari baca novel.. hehehe..
Sy akn dtg lg mmbaca lg Insyaallah..
Wsalam..