Bila bercerita tentang hati dan soal perasaan, ceritanya tidak akan menemui jalan penamat..
Kerana manusia setiap hari bermian dengannya, tanpa ingin mahu berhenti..
Setiap hari kita berhadapan dengan soal itu, tanpa seperti ada titik noktah..
Ia tidak akan berhenti..
Sehingga diri kita mati..
Dan permainan itu akan terus disambung oleh manusia yang masih lagi berada di atas dunia ini..
Soal hati ini sangat sensitif dan isu yang besar..
Kerana ramai manusia yang tersungkur di sini..
Sehingga sanggup bertindak "mencabut nyawa" sendiri..
Mereka mencari satu solusi, tetapi sebenarnya ia adalah permulaan satu penderitaan yang tidak akan menemui penamat..
Kerana di akhirat kelak kita pasti disoal..
Dunia ini bukan lama untuk didiami..
Suatu hari nanti pasti roh akan meninggalkan jasad..
Dalam mencari keseronokan dunia, jangan lupa untuk muhasabah..
Kerana kita manusia khilaf, tak lari dari melakukan angkara dan menjadi durjana..
Mencari masa untuk melakukan kebaikan, meinta ampun akan segala kesalahan..
Kadang kala kita tidak sedar..
Dan pasti ada yang kita sedar..
Cuma kesedaran itu tidak timbul sepenuhnya..
Dan kita lupa..
Soal hati dan perasaan ini juga, bukan mainan..
Kerana ia melibatkan manusia lain..
Mengambil berat akan seseorang tidak bermakna ingin mencuri hati..
Cuma naluri manusia ini suka untuk menjadi seorang yang "caring"..
Niat di dalam hati itu kita letak ke tepi sementara..
Kerana setiap manusia ada persepsi dan tanggapan masing-masing..
Dan niat itu biarlah mereka sahaja yang menilainya..
Tepuk dada tanya iman..
Kita kadang kala suka untuk bertanya khabar akan seseorang..
Mungkin ada tarikan pada dia..
Tiada salah jika ia tidak melanggar syariat..
Tetapi kebanyakan kita terslalah dalam memilih jalan dan melangkah..
Tanpa sengaja kita tercuit akan hatinya..
Dan mungkin juga hati kita sendiri..
Istilah abang adik itu tidak lagi menjadi penghalang..
Ia hanyalah istilah di bibir tanpa ada intipati dalam perbuatan..
Hati itu tercuit dan menimbulkan rasa sayang dan mungkin rasa cinta..
Tanpa kita perasan bahawa ia telah ada dan sebati dalam diri kita..
Kita sebenarnya tiada niat tetapi sifat kita itu menyerlahkan niat yang tidak disengajakan itu..
Dan hati itu disentuh secara perlahan-lahan..
Wanita itu mudah sekali jatuh hati pada seorang lelaki yang mengambil berat akan dirinya..
Hati itu rapuh, mudah terusik terpaut untuk mengasihi manusia yang bernama lelaki..
Dan harapan itu disimpan di dalam hati..
Dan ia menggunung tinggi..
Tanpa kita sedar kita akan melukai dia..
Kerana kita langsung tiada niat mengusik hatinya..
Saya menulis bukan sekadar omong kosong..
Kerana saya mengalaminya..
Bukan sekali, tetapi beberapa kali..
Kita lupa dan alpa..
Kerana saya manusia khilaf..
Kita manusia yang cacat hati..
Maafkan saya wahai hati itu..
Cuma mahu menjadi yang terbaik..
Tanpa ada niat..
Saya ingat satu kata-kata..
"Jangan sesekali mencuit hati seorang wanita itu jika di dalam hati kita langsung tiada niat untuk menjadikan dia seorang isteri"
Saya beberapa kali melanggar batasan itu..
Melanggar peraturan itu..
Dan kesedaran itu datang kemudian, setelah mereka terluka..
Khilaf, kesalahan..
Muhasabah diri..
Kita mahukan seseorang yang sejati cintanya tetapi kita sendiri tak mahu menjadi yang terbaik..
Berbohong pada diri..
Sedarlah diri, kerana ia tidak akan lama..
Sutau hari nanti kita juga akan punyai seseorang..
Jaga hati, jaga iman..
Jangan terusik dengan hal yang tidak perlu..
Jadilah yang sempurna..
Pasti Allah Taala akn kurniakan kesempurnaan..
Maafkan sekali lagi..
Moga luka itu sembuh..
Lets fly, high to the sky..
(",)
Saya bukan mesin ATM?
-
Suami minta masak, isteri cakap:
“Saya bukan tukang masak”
Tiba Tiba ular masuk dalam rumah, suami pun halau ular, tanpa jerit:
“Saya bukan bomba”
Tak la...
2 days ago



2 comments:
alolo...
sebak aja baca luahan hati abangku sorang ni..
moga Allah temukan abg dengan wanita terbaik. amin. :)
Skali skala..
Mencuit hati yang kadang lama tak disentuh..
Baru kesedaran akan wujud..
=)
Post a Comment