Bukan kepada manusia lain..
Ramai lagi manusia lain d dunia ini..
Tetapi dia juga yang kita mahukan..
Pernahkah persoalan ini bermain dalam fikiran..
Pernahkah ada manusia lain yang menjelmakan soalan ini pada diri kita..
Saya pasti kita punyai jawapan yang tersendiri..
Kerana hanya kita yang mampu membaca isi hati sendiri..
Bukan orang lain..
Pasti 1001 jawapan akan menjengah fikiran..
Kerana kita benar-benar yakin dan pasti dia pilihan kita..
Kita mahukan dia..
Tetapi atas alasan apakah kita mahukan dia..
Atas hujah apakah kita menebarkan sayap cinta kita untuk dia..
Atas motif apakah kita menjatuhkan jiwa dan hati kita pada dia??
Berhenti seketika..
Dalam perjalanan menuju bahtera..
Mengapa dia??
Lupakan seketika dunia..
Bicara nafsu, tinggalkan ia sejauh-jauhnya dari kita..
Wahai mukmin..
Mengapa kau cinta dia??
Kerana kecantikan dia, rupawannya, manja tutur katanya??
Berbicaralah pada hati..
Siapa dia pada kita??
Jika benar dia mahu dipetik untuk menemani sepanjang perjalanan dunia menuju akhirat, alhamdulillah syukur pada Allah Taala..
Bukan bermaksud mempersoalkan pilihan hati..
Cuma sekadar mahu kita berfikir sejenak..
Jangan dipandang pada cantiknya wajahnya, tetapi pandanglah betapa bersihnya rupanya yang sentiasa dibasahi wuduk..
Jangan didengar manjanya tutur kata, tetapi dengarlah betapa lunaknya suara dia mengalunkan kalam Allah..
Jangan dilihat pada perawannya dia, tetapi lihatlah pada indah dan luhurnya budi pekertinya..
Jangan sesekali merenung wajah si dia, kerana wajah itulah mahu dia hadapkan pada Yang Maha Mencipta..
Jangan dicemarkan jiwa itu, jangan dinodai maruahnya, kerana telah temeterainya perjanjian dengan Tuhan, hanya untuk suami yang sedang menanti..
Wajahnya yang redup, kerana sentiasa menangis akan dosa di hadapan Allah..
Wajahnya yang jernih, kerana wuduknya yang sempurna..
Matanya yang dilindung dari merenung jauh sentiasa segar memperhalusi ayat suci Al-Quran..
Semuanya dijaga sempurna..
Dan kita, harus jadi sepertinya..
Iman dan takwanya menjadi ukuran..
Kita mahu dia yang sempurna..
Maka kita jadilah yang sempurna..
Bohonglah jika wajah bukan menjadi ukuran..
Kerana dari wajah itulah yang mencuit hati..
Tetapi jangan semata-mata wajah itu menjadi ukuran..
Kenalilah isi hatinya..
Carilah yang boleh membimbing kita tatkala tersilap langkah..
Agar kita sentiasa dalam pedoman..
Ketika kita lemah, dia ada untuk menaikkan semangat mengingatkan kita pada janji Allah..
Ketika kita alpa, dia datang mengingatkan betapa azab Allah amat pedih..
Ketika kita hampir tersungkur diuji, dia datang memberitahu betapa indahnya nikmat syurga Allah..
Betapa dia menyempurnakan kita..
Beruntungnya kita punyai dia..
Tetapi beruntungkah dia punyai kita??
Jangan zalim pada si dia..
Jadilah kita manusia yang paling sempurna untuk dia..
Agar dia juga beruntung punyai kita..
Kenapa saya pilih dia??
Kerana dia sentiasa mengingatkan, bila saya lupa..
Kerana dia selalu menegur bila saya melampau dalam perbuatan..
Kerana dia mengingatkan saya menjaga iman..
Kerana dia sentiasa ada..
Allah bagi kekuatan..
Allah bagi ketabahan..
Kita selalu diuji..
Dan sama-sama kita harungi..
Jangan pergi seorang diri..
Pasti kita akan lemas terkapa-kapai..
Kenapa dan mengapa??
Kerana keyakinan yang saya sandarkan pada Allah Taala, pasti yang dia akan sentiasa bersama saya ketika waktu saya sukar dan memerlukan teman..
Teringat kata-kata seorang guru kaunselor sekolah..
Pernah dia tanyakan pada suaminya, mengapa memilih dirinya..
Jawapan suaminya mudah..
Kerana bila saya tengok awak saya tahu yakin dan pasti awak akan menjadi isteri saya..
Sampai begitu sekali intinct seorang lelaki..
Dan juga mahu punyai keyakinan sebegitu..
Mencari sesuatu yang pasti..
Ya Allah..
Jika dia untuk aku, sempurnakanlah kami dengan ikatan tulusMu..
Jika dia bukan untukku, jauhkanlah kami..
Dan tabahkanlah hati untuk menerima ketentuanMu itu..
Dan Ya Allah..
Dia sudah cukup sempurna untuk aku..
Sempurnakanlah diri aku dengan kedatangan dia..
Amin..

No comments:
Post a Comment