Saturday, May 7, 2011

- Menjalin Persahabatan -

Dalam beberapa hari ni saya terfikir tentang soal sahabat..
Terasa ada sesuatu yang perlu d nukilkan..
Perkara yang sama sekali berkaitan dengan kawan, sahabat..
Kawan dan sahabat memang berbeza..
Tapi maknanya tetap sama..
Kawan lebih kepada kenalan biasa..
Bertegur sapa..
Senyum bila berjumpa..
Tetapi sahabat ini, lebih dalam pengertiannya..
Sahabat, bukan mudah untuk d cari..
Sahabat adalah manusia yang akan sentiasa bersama kita tidak kira susah atau senang..
Semua manusia termasuk saya sendiri mahukan sahabat, bukan semata-mata kawan..
Kawan, belum tentu akan ada untuk kita d kala susah..
Tetapi sedarkah diri kita..
Kita mahukan seseorang yang sempurna sedangkan diri kita langsung tak mahu menjadi sempurna..
Kita tidak pernah berusaha untuk menjadi yang terbaik, sedangkan kita selalu mahukan yang terbaik..
Dangkallah fikiran sedemikian..
Mana mungkin kita akan dapat sesuatu tanpa usaha..

Allah takkan kurniakan manusia yang sempurna kepada kita yang sering alpa..
Kita langsung mengingkarinya, tetapi kita mahukan mnusia yang soleh mendampingi kita..
Salahlah tanggapan sedemikian..
Mengapa kita tidak berusaha..
Menjelmakan kesempurnaan dalam diri kita..
Ya..
Saya akui..
Kita bukan manusia yang sempurna..
Akan tetapi tidak salah untuk kita mencari kesempurnaan..
Saya dan kamu..
Sentiasa memperbaiki diri..
Kita tak mampu hidup keseorangan dalam dunia ini tanpa teman..
Jauh atau dekat..
Tidak kira siapa..
Kita saling memerlukan antara satu sama lain..
Saya punyai sahabat karib..
Kamu juga pasti sama..
Dialah tempat untuk kita berkongsi suka duka..
Begitu juga sebaliknya..
Bersahabat ini sungguh indah..

Tuhan ciptakan ia untuk kita nikmati..
Bukan untuk kita bermain dengannya..
Tujuan saya dan kamu bersahabat, bukan semata-mata untuk bersuka ria..
Tetapi untuk mendapatkan kebaikan..
Give n take..
I got something from you and you got something from me..
Bukan benda bersifat kebendaan..
Setiap manusia ade kebaikan dalam dirinya..
Kita berkongsi..
Tegur menegur antara 1 sama lain..
Saya mahukan kebaikan dari kamu..
Tidak kira apa jua ia..
Begitu juga kamu..
Allah takdirkan saya dan kamu bertemu, berkenal-kenalan..
Untuk kita memberi tunjuk ajar pada diri yang lain..
Bukan bermaksud kita pandai dan lebih baik dari orang lain..
Perbuatan sudah cukup untuk memberikan pengajaran kepada seseorang..
Kita berkongsi ilmu..
Tak semua benda kamu tahu, begitu juga saya..
Bila kita berkongsi ilmu, saya tahu apa yang anda tahu..
Begitu juga sebaliknya..

Sahabat ini membawa kita kepada kebaikan..
Bukan membawa kita kepada mungkar..
Bila kita lupa dan alpa..
Dia datang mengingatkan..
Bila kita lemah semangat..
Dia datang meniup obor harapan..
Bila kita bersedih..
Dia kan datang dengan senyuman yang paling menawan..
Biar dia tak mampu bantu kita secara fizikal seperti harta dan wang ringgit..
Cukuplah dia datang memberi ketenangan..

Ikhlas dan jujur..
Cukup menjadi tunjang dalam persabatan..
Jangan d kejar rupa..
Kerana rupa takkan kekal lama..
Jangan d pilih harta..
Kerana ia akan habis..
Pilihlah kerana nilai kesucian hatinya..
Ikhlasnya dia..
Jujurnya dia..
Tinggi akhlak budinya..
Pasti kita akan senang bersahabat dengannya..
Persahabatan ini akan d bawa sampai ke akhirat..


Terima kasih sahabat..
(",)

No comments: