Saturday, July 2, 2011

- Kurangnya diri kita -

Selalunya..
Kita terfikir..
Kita merasakan bahawa kita punyai sesuatu yang lebih dari orang lain..
Kita rasa kita sudah ada segalanya..
Cakapnya hebat..
Sembangnya lebat..
Tanpa berfikir..
Tanpa sedar bahawa kita memperbodohkan diri sendiri..
Manusia sekeliling melihat kita dengan penuh tanda tanya,,
Sungguh menjengkelkan..
Cuma senyuman dilemparkan kepada kita..
Tanda simpati..
Malangnya kita menjadi sedemikian..
Bukan kerana mereka mahu mendengar apa yang kita perkatakan..
Cuma kita menjadi badur sarkas yang berpakaian biasa..
Menjadi bahan jenaka..
Lawak setempat..
Kita kenal semuanya..
Kita ada semuanya..
Bahkan kita katakan kita seperti ada segalanya..
Bukalah mata seketika..
Lihatlah sekeliling..
Lihatlah manusia lain..
Yang lebih banyak diam..
Bukan kerana mereka tidak tahu..
Tetapi diam mereka diam berilmu..
Cakap mereka lebih hikmah..
Mereka mempunyai sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita punyai..
tetapi, mereka merendahkan diri..
Tidak meluahkan isi hati pada orang di sekeliling seperti kita..
Banyak diamnuya untuk berfikir..
Tidak membuang masa..
Memikirkan bagaimana mahu menarik perhatian manusia lain..
Berfikir bagaimana mahu menjatuhkan orang lain..
Menjatuhkan keperibadian manusia lain..
Seperti kita..
Kita sentiasa mencantas orang lain..
Untuk mengangkat diri..
Bukan mahu berusaha sedaya upaya..
Jangan jadi dungu..
Jangan jadi seperti manusia lidi..
Yang tak punya rasa..
Yang tak punya kata..
Kerana Tuhan ciptakan kita penuh dengan kelebihan..
Bukan untuk menunjuk..
Semua manusia dilahirkan sama..
Menangis..
Tiada manusia keluarnya dari rahim pandai berkata-kata..
Pandai menari, pandai menyanyi..
Semuanya tahu hal yang sama..
Tetapi bila sudah kenal dunia..
Kita lupa Tuhan..
Kita lupa segalanya..
Bermain dengan dosa..
Malah ada yang bangga akannya..
Ya Allah..
Malulah pada yang lain..
Menggunakan ciptaan Tuhan ke arah kejahatan..
Sedarlah..
Manusia lain memerhati..
Jangan bermain dengan perasaan manusia lain jika tak mahu dipermainkan..
Kita ada sejongkong emas..
tetap akn ada manusia yang punyai 2 jongkong..
Kita punyai sebidang tanah..
Akan ada manusia punyai 2 bidang..
Kita tidak akn sentiasa berasa di atas..
Pasti akn ada yang memintas..
Kita takkan punyai segalanya..
Jangan dibiar hidup ini menjadi sia-sia..
Jangan mudah memperlekehkan manusia lain..
Kelak diri kita yang akan diperlekehkan..
jangan mudah gundah bila dicemuh..
Pasti akan menjelma hikmah di sebalik cemuhan..
Sekadar pesanan untuk diri sendiri yang sering lupa dan alpa..
Moga Allah merahmati sentiasa..

Lets fly, high to the sky..
(",)


- With my best friend, dunia akhirat.. Insya Allah.. -

8 comments:

sea_lavender said...

nice entry... erm kdgkala kte manusia sering alpa..jadi ini peranan kte saudara Islam dalam berkongsi dan mnyuarakan pndpat utk sme2 baiki diri ke arah lebih baik..Allah membei stiap daripada kte berbeza2 sikap jadi kte hnya mrancang perjalanan kehidupan..Dia Maha Pemberi... dan Allah juga telah mngatur yg terbaik buat kte...Insya-Allah.. jadi hiduplah dgn penuh kesederhaan .. itu la sebaik2 nya~~ dgn bersederhana itu adlah kekayaan yg nyata

nabillah bolhassan said...

beauty & nice entri. nice to know u in the blogging world. setiap manusia ada kelemahan sbb xde yg sempurna kat muka bumi ni kan? :)u pilot eh? dr dulu lagi I selalu proud dgn pilot ni ;)

FAIQ TAHIR said...

Sea Lavender:
Terima kasih..
Masih belajar untuk menulis..
Sila bg tunjuk ajar ye..
Ya..
Kita sentiasa memperbaiki diri sendiri..
Kdg2 kita lupa dan alpa..
Prlukan manusia lain utk menegur khilaf kita..
=)

FAIQ TAHIR said...

Nabilah Bolhassan:
Thanks..
Sila beri tunjuk ajar..
Nice to know u here too..
Ya, kita x sempurna..
kna sentiasa mencari kesempurnaan..
Sy baru je hbs blaja piloting ni..
Masih belom ade rzki lg stkat ni..
Still waiting n hunting for the opportunity for the job..
Do pray for me..
Sy cadet pilot biasa2 je..
X sehebat org lain..
=)

sea_lavender said...

afwan =)
teruskan luahan rasa yang dapat mnjdi iktibar buat insan2 sekeliling...
sme2 la kte menuntut ilmu yg mampu untuk kte teruskn kehidupan demi keredhaan-Nya.. Insya-Allah..

nabillah bolhassan said...

faiq: Insya Allah, semoga kita sama2 diberi peluang untuk mencari ksempurnaan :) xnak jadi seperi the man who decide to change on the 12th hour dies on 11th hour.act, baru baca novel ttg seseorang yang nak cari matlamat hidup.rasa mcm relate pulak dgn ur entry. insya Allah, rezeki akan ada. juz keep on praying. insya allah will pray 4 u too. :)

FAIQ TAHIR said...

Sea Lavender:
Insya Allah..
Sentiasa cuba menjadi dan membuat yg trbaik..
Sebab diri kita ni selalu sangat membuat silap..
Sama2 kita perbetulkan diri..
=)

FAIQ TAHIR said...

Nabilah Bolhassan:
I agree with u..
Facts yg sgt menarik utk membuatkan kita berfikir..
Insya Allah..
Do pray for me..
Syukran..
=)