Gagal..
Mungkin semua orang pernah hadapi kegagalan..
Tak kiralah gagal dalam apa sekalipun..
Gagal dalam pelajaran..
Gagal dalam percintaan..
Gagal dalam perkahwinan..
Gagal dalam pekerjaan..
Gagal dalam perniagaan..
Gagal dalam apa jua perkara sekalipun..
Pasti kita penah mengalaminya..
Walaupun hanya sekali..
Perit bukan, kegagalan ini..
Bukan semudah yang didengar..
Tak semudah yang disangka..
Hanya manusia yang mengalaminya, tahu betapa luluhnya hati bila diuji dengan kegagalan..
Persoalannya, bagaimana kita menghadapi satu kegagalan??
Ramai yang salah memilih jalan..
Mereka bayang dan fikirkan..
GAGAL = THE END OF THE LIFE..
Salah..
Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya..
Lebih malang, ada juga yang mula meyalahkan takdir..
Menyalahkan Tuhan..
Kerana menghadirkan kegagalan dalam hidup mereka..
Dangkal dan sempitlah jika berfikir sedemikian rupa..
Tuhan bagi kita gagal..
Bukan kerana Dia benci pada kita..
Tetapi kerana dia sayang pada kita..
Dia mahu kita sedar..
Sebab kita sering lupa dan alpa..
Kita terlalu berseronok dengan dunia..
Perasan atau tidak..
Jika kegagalan hadir, pasti kita menyebut "Ya Allah"..
Bersyukurlah kita perkataan itu diucap..
Masih ada lagu secebis iman dalam hati ni..
Mengingati Allah Taala di kala kesusahan..
Ingatlah..
Setiap kejadian yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya..
Ayat yang sama diulang tiap kali..
Rimas bukan..
Tapi itulah hakikat..
"Kau boleh cakap macam-macam, sebab kau tak rasa.. Aku yang rasa"..
Ya kawan-kawan..
Kita yang merasakan keperitan..
Yang mendengar tak sama dengan yang mengalami..
Saya akui..
Sy kadang-kadang mengeluarkan soalan sedemikian..
Bila menghadapi dugaan..
Ayat itu yang akan diulang rakan-rakan di sekeliling..
Pedih bukan..
Tapi itulah hakikat..
Terimalah sengan jiwa yang tenang..
Istighfar..
Jangan bagi emosi menguasai diri..
Kita terlalu bermain dengan emosi yang tak keruan..
Buanglah ego sementara..
Dengarlah nasihat..
Dengarlah kata-kata..
Jadikan pembakar semangat..
Untuk kita lebih berusaha..
Saudara / saudari yang saya kasihi..
Saya juga pernah dihadirkan kegagalan dalam hidup ini..
Peritnya hanya Dia yang tahu..
Hampir putus asa di hati..
Mujur ada yang sentiasa memberi semangat..
Bila kita lemah..
Palingkan wajah..
Ke arah orang yang paling kita cintai dan sayangi..
Umi, abah dan adik beradik..
Mereka sentiasa bersama kita..
Pasti hati akan tenang..
Tak susah bukan..
Dan juga tak senang..
Bercakap memang ringan macam udara..
Nak buat, berat macam batu..
Sebenarnya..
Kita perlu bersyukur bila diberi kegagalan..
Kerana Allah bagi kita kegagalan sekarang..
Waktu kita masih lagi merangkak..
Mudah untuk kita bangun..
Dengan kudrat sendiri..
Bayangkan jika Allah Taala gagalkan kita sewaktu kita sudah mula berdiri dan berlari??
Jatuhnya pasti sakit..
Mungkin lukanya dalam..
Payah nak sembuh..
Dan perlukan manusia lain untuk papah kita bangun..
Lebih dahsyat bukan..
Ada hikmah setiap kejadian..
Allah sembunyikan sementara dari kita..
Bila Allah bukak hijabnya, menampakkan hikmah..
Pasti kita akan bersyukur diuji sedemikian..
Malah kita tahu hikmahnya, pasti kita akan berdoa pada Allah agar kita diuji sedemikian..
Mungkin itu perumpamaan yang terbaik untuk menggambarkan diri kita..
Jika kita gagal, jangan gundah gulana kerana ia hanyalah dugaan yang sedikit..
Ramai lagi manusia lain yang lebih gagal dari kita..
Gagal adalah batu loncatan untuk kita capai kejayaan..
Kejayaan bukan semata-mata kita mendapat sesuatu yang baik..
Kejayaan yang paling besar ialah manusia yang mampu mengharungi kegagalan..
Moga kita tergolong dalam golongan yang berjaya..
"Wahai hati yang berduka, janganlah kau tangisi segalanya.. Telah Tuhan tetapkan ia untuk kau.. Bukan kerana mahu menghukum.. Bukan sekadar menduga.. Pasti kerana diri kau Dia sayangi.. Mahu kau kembali padaNya.. Memohon dan merayu padaNya.. Menghamburkan rasa sedih di hati.. Untuk Dia dengar.. Wahai hati yang di uji.. Jangan kau runsing.. Dia mahu kau ingat padaNya.. Kerana kau sering lupa.. Kau alpa.. Kau terlalu bangga.. Dia mahu kau turun seketika.. Jatuhkan keegoanmu.. Jatuhkan keriakanmu.. Dia mahu kau letak hati kau pada tempatnya.. Bersihkan hati yang sudah mulai kotor.. Bersyukurlah, bila kau diuji.. Kerana pada Dia jugalah kau mengadu.. Dan kepada Dia jugalah kau akan kembali.. Wahai hati yang suci dan tenang.. Bukalah hatimu.. Agar kau sedar di mana sebenarnya dirimu.. Kemaskan solatmu.. Banyakkan sedekahmu.. Tambahkan zikirmu.. Pasti kau akan tenang menghadapi segala dugaan.. Ya Rabb.. Rahmatilah hidup ini.. Ampunkanlah dosa hambamu ini.. Aku bertaubat Ya Allah.. Amin.."
Lets fly, high to the sky..
(",)
Saya bukan mesin ATM?
-
Suami minta masak, isteri cakap:
“Saya bukan tukang masak”
Tiba Tiba ular masuk dalam rumah, suami pun halau ular, tanpa jerit:
“Saya bukan bomba”
Tak la...
2 days ago

4 comments:
salam,sy nk g temuduga next week..
ada ape2 tips nk dikongsi??
moga2 jumpa di KISTAA...amin
Ihsanul:
Waalaikumussalam..
Wah..
Congratz n gudluck for your interview..
Rsnya xde mslh utk interview..
Just prepare yourself..
Ade knowledge sket2 psal kapal trbg..
Then show them that u really want to become a pilot..
Tunjuk ur passion to them..
Make them impress..
Insya Allah, everything gonna be fine..
Btw, sy dari APFT, bukan KISTAA..
Da hbs blaja pon..
Jgn rsau, sy ade kwn kt sna..
They can guide u..
Dan jgn lupa..
Bykkan berdoa..
Krna Dia tang menentukan segalanya utk kita..
Doa, usaha dan tawakkal..
=)
There's a purpose to life's events, to teach you how to laugh more or not to cry too hard... ;) life is a learning process,kalau jatuh terjelepok kat lantai sekalipun,someday you will start running again insy!ps;ce try dgr asma allah by sami yusuf ble free ;p eh awk apft eh?I thot itns, ;)
Niamoody:
Yes..
That is what life all about..
Allah create everything..
Mmg cantik dan indah..
Insya Allah, I will listen to it..
And yup..
Sy dr APFT..
Not ITNS..
=)
Post a Comment