Saturday, June 18, 2011

- Memahat Kebaikan -

Pernah tak kita terfikir..
Dalam perbualan dan percakapan kita seharian,adakah ia ada kebaikan di dalamnya..
Adakah perkataan kita ada secebis iman..
Adakah hanya omong kosong tanpa nilai setitis nilai kesucian..
Mengapa tidak diselitkan sedikit perkara kebaikan dalam perbualan kita seharian..
Tidak salah untuk keluar, lepak di kedai makan untuk menikmati segelas air teh dan sekeping roti canai..
Berbual, bersembang bersama rakan..
Menonton bola..
Bersorak riang meraikan gol pasukan pilihan..
Bergelak tawa..
Tidaklah salah akannya..
Cuma janganlah dibiarkan segalanya itu hanya perbuatan yang sia-sia..
Selitlah kata-kata iman,kata-kata takwa..
Walau ia hanya satu dalam seribu yang diucap..
Jika terlalu sukar, cukup setengah patah dari beribu..
Jangan kita sukarkan ucapan yang memberi manfaat..
Bukan susah..
Hanya mahu atau tidak sahaja..
Jangan sia-siakan masa yang kita ada..
Sambil hirup secawan kopi, apa salahnya berkongsi sesuatu bersama rakan..
Tidak salah mahu bergelak tawa..
Tapi pastikan batasannya..
Tak salah mahu ketawa riang, cuma batasi ia dengan akal yang waras..
Saya tahu..
Walaupun nampak ringan, tapi ia bukan senang untuk dilaksanakan..
Saya juga hadapi situasi sama..
Suatu ketika dulu..
Bila mahu membuka cerita pasti ada yang mula memekakkan telinga..
Saya tahu..
Hinggakan ada rakan yang kate, "Dia da mula da.. Da start la tu"..
Agak menyakitkan bukan..
Tetapi jangan jadikan ia satu alasan untuk kita tidak berdiri di atas kaki sendiri..
Alhamdulillah, sekarang orang di sekeliling sudah kenal siapa saya..
Manusia yang suka bercakap..
Banyak bercakap..
Itulah saya..
Perlahan-lahan mereka mula menerima cara kita..
Pasti mereka akan memasang telinga apabila kita membuka kalam bicara tentang soal kehidupan yang memang lari dari kehendak mereka yang muda remaja..
Cukuplah untuk seketika membersihkan halwa telinga dengan peringatan yang kadang kala kita sering dengar namun jauh sekali untuk mengendahkannya..
Mungkin usaha ini hanya sedikit yang amat..
Mungkin langsung tidak terkesan dalam hati manusia itu..
Tetapi ingatlah, setiap usaha yang ikhlas pasti ada ganjarannya..
Tak salah bukan..
Bersihkan hati kita yang selalu bergelumang dengan dosa..
Kita ni manusia biasa..
Tak lari dari melakukan dosa..
Kita lupa..
Kita alpa..
Dan inilah caranya untuk mengingatkan kita tentangNya..
Soal kehidupan, soal pelajaran, malahan soal cinta juga, jangan lupa ia berkait dengan agama..
Bukan kita mahu tunjuk pandai, cuma kita mahu menjadi manusia yang pandai menghargai kehidupan yang singkat ini..
Jangan mudah putus asa jika ditolak ke tepi..
Jangan gundah.
Pasti ada hikmahnya..
Kita akan rasa bahagia bila ada manusia yang menghargai..
Pasti akan ada..
Ramai manusia yang mencari kebenaran, cuma tidak menjumpai siapa orang yang mampu mengeluarkan mereka dari kebatilan..
Tak salah..
Kitalah orangnya..
Sama perbaiki diri..
Saya juga bahagia..
Dengan manusia sekeliling..
Yang berkongsi suka duka..
Riang tawa,,
Bila bercerita soal dunia, kita mendengar dengan teliti..
Saling berkongsi..
Bila bercerita soal akhirat, mereka pula memasang telinga..
Hebat bukan..
Jangan pula terlalu bangga dengan pujian yang melambung..
Cukuplah sekadar jadika ia sebagai pemangkin semangat untuk kita terus melangkah..
Menjaga kesucian diri dari ternoda..
Menjaga akhlak agar tidak leka..
Segalanya, hanya untuk kita..
Kenailah diri..
Pasti suatu hari nanti kita tidak akan menyesal..
Bila ditunjukkan Tuhan tentang kebaikan yang kita lakukan di dunia..
Moga Alah merahmati segalannya..


Lets fly, high to the sky..
(",)

4 comments:

Niena Muhammad said...

erm.. nice entry
sy suka :)

FAIQ TAHIR said...

Terima kasih..
Masih belajar untuk menulis..
Sila beri tunjuk ajar ye..
=)

Kik0 ♥ QiLaH said...

human not perfect rite :)

FAIQ TAHIR said...

Nur Aqilah:
Yes..
No one is perfect..
And we must find the perfection until the end of our life..
=)