Tuesday, January 24, 2012

Saya suka menulis..

Bismillah..
Membuka kalam..

Ya..
Saya suka menulis..
Maksud saya banyak perkara yang bermain dalam fikiran..
Dan luahan idea itu ada..
Cuma tangan sahaja yang agak malas untuk menaip..
Kadang kala idea itu hilang begitu sahaja..
Betul lah apa kata seorang sahabat saya yang juga seorang penulis novel..
Jika datang sesuatu idea, terus menulisnya di mana-mana..
Kerana idea itu tidak akan lama..
Ia akan hilang begitu sahaja..
Mungkin ia terjadi kepada saya..
Kerana apabila idea itu datang dan saya menangguh untuk mengeluarkannya dari benak fikiran, ia pasti akan berlalu bersama tiupan angin..
Begitu sahaja..
Dan ia akan jadi sia-sia..
Dan biasanya idea yang datang dan terlintas dalam fikiran adalah yang terbaik..
Saya hanya menukilkan sesuatu di dalam facebook..
Kerana idea itu hanya sesuatu yang singkat..
Its ok..
Sekadar perkongsian rasa hati..
Nukilan dari jiwa..

Ya..
Tulisan saya tidak sehebat mereka yang gah dan tersohor dengan kata-kata hikmah..
Saya hanya manusia biasa yang menulis, sekadar berkongsi isi hati..
Apa sahaja yang terlintas..
Saya tidak sehebat penyair yang menulis bait-bait syair yang mampu meruntun jiwa dan mengalirkan airmata pembaca..
Saya bukan sasterawan yang mampu membawa orang lain ke alam fantasi..
Saya hanyalah manusia biasa yang cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan diri berkongsi dengan manusia lain..
Saya juga suka membaca tulisan orang lain..
Kerana ia memberi saya manfaat..
Menyedarkan diri saya yang kadang kala leka..
Dibuai mimpi enak..
Bila seseorang menulis mahupun bercakap, jangan dilihat siapa yang bercakap..
Lihatlah apa yang dipercakapkan..
Jika kita melihat siapa yang bercakap pasti kita akan mudah menilai orang itu..
Siapa kita untuk menilai..
Tidak tutup aurat dia..
Memang salah..
Tetapi mungkin tiada siapa yang menyedarkan dia..
Siapa kalau bukan kita mahu menyedarkan mereka..
Tak perlu menyindir..
Bercakap dengan penuh hikmah..
Pasti mereka akan terima..
Jika tidak sekarang pasti suatu hari nanti mereka akan sedar..
Kan itu sudah menjadi kewajipan kita semua..
Berdakwah kepada manusia sekeliling..
Dakwah bukan hanya di masjid..
Tetapi di mana-mana..
Kita mesti sampaikan kebaikan..
Kita kena sedar..
Kerana kita belum sempurna..
Menghina orang lain menambah ketidaksempurnaan diri kita..
Pada pandangan manusia, apatah lagi pada pandangan Allah..
Sedarlah..
Kita bukan sesiapa..
Jangan ingat kita sudah solat 5 waktu semata-mata menjadikan kita sempurna..
Kerana kita masih penuh dengan cacat cela..
Saya bukan tuju pada orang lain..
Untuk diri saya sendiri..
Yang selalu lupa..

Dalam Facebook, Tweeter..
Kita semua menulis..
Saya tahu, itu anda punya profile..
Anda punya wall..
Orang lain tak boleh peduli tentang apa yang anda mahu tulis..
Ya, saya paham..
Orang lain tiada hak untuk menegur..
Tetapi perlukah sampai memaki hamun manusia lain??
Perlukah bermesra, bermanja dengan kekasih di wall anda dan dilihat manusia lain??
Tidak perasankah anda manusia lain akan memerhati kita??
Kerana setiap ayat yang ditulis itu boleh mencerminkan keperibadian kita..
Tak perlu ditulis semua rasa..
Cukuplah disimpan di dalam hati..
Kerana marah tidak akan hilang dengan mencarut..
Malah akan menambah seksa jiwa..
Dan menambah dosa yang sedia ada..
Sekadar menegur diri yang selalu lupa..

Ada yang bercinta..
Ayat manis..
I Love You..
I Miss You..
Setiap masa bermain di bibir mereka..
Sangat indah mereka rasa ayat itu..
Tanpa mereka perasan ia akan menambah titik hitam di dalam hati kita..
Jika ya pun bercinta, tak perlu berkongsi dosa dengan manusia lain..
Simpanlah untuk diri sendiri sahaja..
Dosa kita banyak..
Mahu bermesra, SMS la si dia..
Cakaplah sampai bebuih mulut pun..
Tiada yang kisah..
Saya bukan menggalakkan tetapi ia lebih baik..
Ingat dosa kita banyak..
Jangan ditambah..
Sekadar menegur diri sendiri yang selalu sangat lupa..

Bila menulis..
Fikirlah dahulu..
Mengapa tidak dikongsi sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia lain..
Bukan bermakna kita mahu tunjuk baik..
Tetapi kita "wajib" menjadi manusia yang baik..
Biarlah apa orang kata..
Kerana mereka tidak sedar..
Sekurang-kurangnya mereka membaca status kita..
Kita ikhlaskn hati..
Dan pasti Allah membalasnya dengan pahala..
Dan kita doakan manusia lain itu berubah..

Rasanya cukuplah untuk seketika..
Moga kesempatan lain akan menjelma..
Moga Allah merahmati..
Sentiasalah berdoa pada Allah..

"Jika ada sesuatu keinginan dalam hati, berbisiklah pada Allah Taala.. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap bait bisikan dan isi hati hamba-hambaNya.."

Lets Fly, High To The Sky..
(",)

2 comments:

B33HA B3n said...

sentap bace..haha ~

FAIQ TAHIR said...

Bukan tyg bace je sentap, tukang tulis pon sentap jgk..
Sbb terkena kt diri sndri..