Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Al-Mubarak 1432H..

Sedar tak sedar..
Kita dah berada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ni..
Bulan yang amat mulia..
Yang di dalamnya terkandung 1001 macam kelebihan..
Terlalu banyak barakah tyang terkandung dalam bulan Ramadhan ni..
Antaranya terdapat 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan..
Atau lebih dikenali sebagai malam Al-Qadr..
Segala macam ibadah dalam bulan Ramadahn ni akan dilipatgandakan oleh Allah Taala..
Semua manusia berpuasa di siang harinya..
Menahan lapar dan dahaganya..
Dari terbit fajar hinggan terbenam matahari..
Malamnya pula diisi dengan Qiamullail..
Solat terawihnya, solat tahajjudnya..
Indah sungguh bulan Ramadhan ni..
Dan saat yang paling indah bila azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa..
Bermacam ragam dan pesen manusia..
Yang beebuka secara sederhanyanya..
Dan tak kurang juga ada yang berbuka dengan begitu lahap sekali..
Seperti tak makan seminggu..
Padahala hanya berpuasa selama setengah hari..
Kemudian tak larat nak bangun untuk solat maghrib..
Apatah lagi untuk ke masjid untuk berterawih..
Jadi di mana intipati Ramadhan di awal niat kita tadi..
Rugi bukan..
Kita terlalu beraja kan makan dan minum hingga lupa matlamat sebenar puasa itu sendiri..

Saya bukan mahu bercerita tentang segala kelebihan Ramadhan kerana sudah terlalu ramai yang bercerita tentangnya..
Pahalanya, ibadahnya..
Saya rasa kita semua maklum akannya..
Tetapi tak semua yang ambil kisah tentang ketidakbijakan kita di bulan yang suci ini..
Atau pun lebih dikenali sebagai kebodohan..
Kita sering melakukan perkara yang kadang kala melampaui batas-batas..
Soal makan minum, soal ibadah..
Saya ambil contoh yang mudah..
Berapa ramai antara kita ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka??
Ramai bukan..
Tidak menjadi kesalahan ke bazar..
Malah amatlah baik niatnya untuk membeli jaudah berbuka..
Tetapi, lihatlah sejauh mana kita menahan nafsu makan..
Sampaikan semua makanan yang ada di depan mata kita mahu beli..
Ayam goleknya, kambing goleknya..
Sedap bukan..
Semuanya nampak sedap hanya kerana kita lapar..
Dan semua itu hanya pandangan nafsu semata..
Kita membeli terlalu banyak sehingga kadang kala membazir..
Tak habis di makan apabila berbuka..
Apa taknya, dengan air 2-3 jenis..
Nasiknya, mee nya, mihun nya..
Segala macam dibeli..
Lihatlah di bazar Ramadhan..
Berbagai juadah dijual..
Bayangkan ada manusia membeli hingga penuh tangannya memegang plastik..
Siap bwk troli lagi..
Saya tak kate salah..
Mungkinada antara mereka mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai..
Ataupun dikirim rakan untuk membeli sesuatu..
Mereka tak salah..
Tetapi saya rasa hanya sedikit sahaja dari mereka tergolong dalam golongn itu..
Yang lainnya, mahu memenuhi tuntutan hawa nafsu..
Dan dalam masa yang sama..
Sedar atau tidak..
Terlalu ramai manusia di sana..
Terpaksa bersesak-sesak..
Berhimpit..
Hingga tersentuh kulit antara yang bukan mahram..
Mungkin ada yang mengatakan tidak sengaja..
Ya, saya akui..
Sukar untuk mengelak..
Tetapi jika kita tahu sedemikian kenapa tidak dielakkan ke tempat yang sedemikian??
Senang cerita..
Nak seribu daya, taknak seribu dalih..

Makanan yang banyak tadi..
Perlu juga dihabiskan..
Kata mereka, "membazir itu amalan syaitan.. Tak elok membazir"..
Saya angguk sahaja jika mendengar ucapan mereka..
Makanan dihabiskan..
Sehingga terlalu kenyang..
Dan kemudian, lepak..
Tidak ke masjid kerana terlau kekenyangan..
Di mana niat tadi..
Puasa kerana Allah..
Berbuka kerana Allah..
Hilang matlamat tadi..
Kerana berbuka ikut nafsu..
Menyedihkan bukan..
Bagi saya, tak salah mahu mengambil makanan berat untuk berbuka..
Cuma, biarlah berpada-pada..
Cukuplah untuk mengisi perut yang kosong untuk sementara waktu..
Solat maghrib, tadarus al-Quran..
Kemudian bergeraklah ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Isya' dan solat sunat Terawih..
Soal solat 8 atau 20, tidak menjadi persoalan bagi saya..
Yang penting, lihatlah niat anda semua..
Ada yang mahu buat 8..
Ada yang punyai kudrat untuk buat 20..
Saya cuma mahu nyatakan di sini..
Anda nilailah sendiri..
Dengan iman anda..
Lepas pulang dari solat terawih 8 rakaat, apa yang anda lakukan??
Mengulangkaji pelajaran, alhamdulillah..
Menuntut ilmu itu wajib..
Tadarus al-Quran, alhamdulillah kerana ia tuntutan agama..
Lepak buang masa tanpa hala tuju, Masya Allah..
Sangat menyedihkan..
Kerana tiada dalam tuntutan Ramadahan untuk anda duduk lepak menghabiskan masa berbual kosong..
Jika bersembang tentang ilmu, sykurlah..
Ini tidak..
Perempuan sembang tentang lelaki, lelaki tentang perempuan..
Macam2..
Kita mahu mencari perubahan diri dalam bulan Ramadhan..
Tapi jika inilah isi perbualannya..
Tiada nilailah Ramadhan kita..

Saya lihat ramai yang berada di saf yang pertama..
Pakcik-pakcik yang berumur..
Yang bangunnya terpaksa bertongkat..
Duduknya bertingkuh..
Saya jangka mereka akan buat 8 rakaat..
Saya silap..
Mereka maju sehingga rakaat yang terkahir..
Malu rasanya..
Bandingkan kudrat kita dam mereka..
Kita kata tak larat..
Ya, saya akui..
Kaki saya mengeletar untuk habiskan rakaat terawih..
Bayangkan..
Apatah lagi mereka ini..
Kudratnya sedikit berbanding kita yang muda..
Namun mereka gagahkan diri untuk beribadat kepada Allah..
Malulah kita dengan mereka..
Bagi saya..
Ini sebenarnya boleh menjadi kayu ukur sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah Taala..
Tepuk dada tanyalah iman..

Dan akhir sekali..
Tentang facebook..
Saya suka sebut sebab saya kerap kali online..
Berkenaan gambar-gambar anda..
Nasihat saya..
Tukarlah gambar-gambar anda buat seketika..
Yang tak bertudung, letaklah yang tertutup litup..
Yang nampak lelaki dengan lututnya, letaklah yang bertutup..
Dan yang paling penting, yang bercinta tu..
Melainkan suami isteri..
Cukup-cukuplah..
Gambar anda berdua yang berkepit tu..
Kalau dah banyak tanggung dosa di bulan yang lain, kurangkanlah di bulan Ramadhan ni..
Orang lain cari koleksi pahala..
Kita tambah koleksi dosa..
Cukuplah kita berdosa..
Janganlah ditambah..
Ingatlah, kita akan mneghadap Ilahi juga suatu hari nanti..
Apa yang kita mahu jawab denganNya di akhirat kelak..
Dan ambillah kesempatan Ramadhan ini, untuk mengurangkan ayat-ayat manja kalian..
Segalan yang Love, Miss dan sebagainya..
Buanglah jauh-jauh..
Takkan bulan Ramadhan pun mahu bayangkan hal itu..
Hal apa..
Tepuk dada tanyalah iman..

Moga Allah merahmati kita sentiasa..
Banyakkan ibadah, banyakkan berdoa padaNya..
Terumata di bulan Ramadhan yang mulia ini..
Carilah barakahnya..
Imarahkan rumah-rumah Allah..
Moga kita sama-sama perolehi manfaat..
Insya Allah..

Lets fly, high to the sky..
(",)








No comments: