Flying..
Terbang..
Be in the air..
Adalah perkara yang sama..
Rasa yang sama..
Pemandangan yang sama..
Nilai yang sama..
Cuma yang membezakan kita dan yang lain..
Betapa kita menghargai sesuatu yang kita miliki dan kita lalui..
Semua orang juga terbang..
Tetapi berapa ramai yang menghargai dan menikmati ciptaan Tuhan Yang Esa..
Berapa ramai antara kita yang hanya mahu berada d atas hanya untuk suka-suka..
Mengapa tidak kita selitkan sedikit dalam sanubari hati kita sesuatu lebih dari orang lain..
Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..
Menghargai segala yang dikurniakan..
Kita lebih rela menghabiskan masa hanya untuk melihat tanpa berfikir..
Rugilah kita..
Wahai juruterbang yang membelah awan..
Ambillah masa kamu yang singkat..
Untuk berfikir sejenak..
Gunung-ganang yang berdiri gagah dan megah..
Air sungai yang mengalir deras..
Air laut yang bergelora..
Hutan yang tebal menghijau..
Langit yang membiru..
Segalanya indah d lihat dari atas..
Mengapa kita tak mahu hargai..
Sekaranglah masanya..
Kerana mungkin selepas ini kita tak diberi izin olehNya untuk meluncur di awangan lagi..
Nikmatilah..
Hargailah..
Kerana, pasti kita akan berasa bahawa hebatnya Tuhan Yang Maha Mencipta..
Indah..
Hebat..
Bukan semua manusia yang mampu berada di sini seperti kita..
Marilah bersama..
Kita muhasabah..
Kerana kita bukan yang sempurna..
Kita manusia..
Sentiasa lalai dan alpa..
Tujuan bukan untuk menilai orang lain..
Lebih kepada menegur diri sendiri yang sering lupa..
Moga berjumpa lagi..


2 comments:
SubhanaAllah...Indahnya ciptaan-Nya buat kte insan yg krdil ni..
bertuah saudara dpt m'gmbara slruhnya..
rse kesyukran la pd nikmat kurniaan-Nya... Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Bersyukur pada Allah Taala atas kurniaanNya..
=)
Post a Comment