"..Akalmu senipis belahan rambut.. Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu.. Jua hatimu bak kaca yang rapuh.. Kuatkanlah ia dengan iman yg teguh.. Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung.. Tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat jua di hati untuk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok.. Jika datangnya dari kayu yang bengkok.. Begitulah peribadi yang dibentuk.. Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian kelak tidak derita berharap pada yang binasa.. Engkaulah wanita istimewa…"
Hawa,
Janganlah sesekali kau
Jangan menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. .
Jangan Hawa, jangan sesekali
Andai engkau belum berkahwin, jangan engkau risau akan jodohmu.. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yg baik..
Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki..
Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki kerana kau bukan memancing hatinya tapi meransang nafsunya..
Hawa,
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram kerana dikhuatiri dari pertemuan, akan lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..
Jangan kau tanggalkan pakaian malumu dari dirimu kerana itulah benteng yang menjaga dirimu..
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa..
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya..
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka..
Tetapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan addinnya..
Hawa,
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya..
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dgn wanita yakni perkahwinan..
Hawa,
Oleh itu, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu..
Keraskan suaramu, seriuskanlah perwatakanmu ketika berurusan dgn mereka..
Sekiranya ada yang ingin mendekatimu, tegaskan kepada mereka bahawa dirimu punya prinsip, kau punyai maruah untuk dipertahankan..
Biarlah mereka mengatakan kau ego kerana terlalu tegas menjaga prinsipmu..
Biarlah mereka mengatakan kau degil kerana tidak mengikut kata mereka..
Hawa,
Ingatlah.. Andai dirimu dipenuhi iman, andai dirimu dihiasi taqwa..
Kelembutanmu, keayuanmu dan kepatuhanmu sedia terserlah sebagai pancaran imanmu ketika bersuami nanti..
Sembunyikan kemanisan senyumanmu, tutuplah segala kelebihan yang bisa menggoncang nafsu kaum Adam..
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu..
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah..
Ingatan terakhirku, jangan sesekali tanganmu itu menggoncang keimanan kaum Adam..
Tetapi biarlah tangan yang lembut itu menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi..
Hawa,
Dengar dah hayatilah kata-kata ini agar dirimu menjadi Mukminah Sejati, Mujahidah Solehah dan Bidadari Syurgawi/Ukhrawi..
"..Wanita yang baik adalah yang tidak memandang lelaki dan lelaki tidak memandang kepadanya..".

1 comment:
FAIQ!!!
Follow lah blog saye!!!
Jom Jom Jom!!!
Post a Comment